April 17, 2024

Siapa Yang Bakal Bergelar Juara Sulung Maharaja Lawak

Siapa yang bakal bergelar juara sulung Maharaja Lawak dan membawa pulang hadiah wang tunai RM300,000?

Persoalan itu akan terjawab malam ini apabila semua empat finalis melakukan persembahan terakhir di Stadium Malawati, Shah Alam.

Antara finalis Maharaja Lawak:-

  • Jozan
  • Sepah
  • Nabil
  • Jambu

Jozan sering menerima undian tertinggi termasuklah pada pusingan separuh akhir di Stadium Tertutup Bandaraya Johor Bahru minggu lepas.

Finalis Raja Lawak musim pertama itu menerima 61 markah menandingi empat lagi pesaingnya iaitu Sepah (56), Nabil (55), Jambu (49) dan R2 (35).

Begitupun, kehebatan Sepah yang begitu konsisten dalam setiap persembahan juga tidak boleh diperkecilkan.

Jangan lupa, Ahmad Nabil Ahmad atau Nabil turut mempunyai peluang untuk bergelar juara. Satu-satunya peserta solo yang beraksi pada peringkat akhir dan masih mampu untuk memberikan persembahan menarik sama seperti peserta berkumpulan lain.

Finalis terakhir, Jambu pula bagai diberi peluang kedua selepas diumumkan tersingkir bersama-sama R2 pada peringkat separuh akhir lalu. Pihak juri akhirnya memutuskan untuk menggunakan imuniti terhadap gandingan Yus dan Taukeh bagi membolehkan mereka beraksi pada peringkat akhir.

Sampingan sambil bersantai

Dia : Ala….!!! boleh la
Bro : Apa pun tak boley

Dia : Habis tue, apa yang bolehnya
Bro : Boleh tuju lagu?

Bicara Bro : Ahhhh Semputttt…!!! nak melayan Maharaja Lawak, minggu lepas bro belum habis layan lagi

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

21 thoughts on “Siapa Yang Bakal Bergelar Juara Sulung Maharaja Lawak

    1. Siapa tahu kan he..23x boleh jadi juga…

      If sepah menang, bro memang tabik hormat dorang la.. legend dah nie

  1. hahaha…tak sabar nak tunggu mlm ni…plan nk g layan tengok kat umah pakcik je..tpi kan kan kan, lupa la mlm ni ada bowling tournament kat kajang.adeeeh! terpaksa la tgk online je nnt..huhuhuhu

  2. Sebagai orang Johor, saya berharap Sepah akan menang! Yang penting, Sepah tiap-tiap minggu tak pernah mengecewakan dan KONSISTEN! Itu fakta yang orang patut buka mata! Haha. Go Sepah Go! :)

    1. konsisten yang kita nak.. xde la kejab naik turun.. then padam, sebab xde idea he..23x huhu

      johor ek..??

      bro orang yang duduk menyapu depan klinik kesihatan

    1. jozan lagi berperluang untuk memang.. mesti ada senjata rahsia yang akan dorang keluarkan hari ini

  3. agak2 sapa yek…kak zu suka Jozan, Sepah, Nabil and Jambu…hehehehehe tapi yg pasti Jozan atau Sepah kot. Nabil pun not bad..peserta solo tuuuu

Leave a Reply to ekspresiruang Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *