Bro teringat kata-kata Puteri Kasih,

“Rasanya bro perlu ada seorang pembantu peribadi”

Mungkin beliau maksudkan, bro memerlukan seseorang untuk berada di sisi bro.

Tetapi siapakah dia?

Adakah yang sudi? Apakah syaratnya? Apakah ciri-ciri yang perlu dimiliki?

Amboi huhu

Macam mencari colan-colan la pula kan. Boleh tak bro mencari colan Ustazah Pilihan?

Pic dekat sebelah ini di ambil semasa bro menghadiri World Blogger & Social Media Summit 2011 di PWTC bersama adik angkat bro, Yana Nanako.

Sekali si Syazwan Sarawak ternampak pic ini lalu meninggalkan komen,

“Yana Nanako macam ada gaya jadi secretary Bro la XD”

Kalau la bro ada duit untuk hire dia kan.

Untuk event ini pun, bro yang invite sebab dapat ticket extra, sebagai hadiah hari jadi beliau.

Sekarang dia memang rajin ikut bro ke hulu ke hilir. Kot-kot dapat jumpa Fahrin [kata dia la kan]

Bicara Bro : Hensem juga bro bergaya begini. Bila fikirkan, macam dah lama bro tidak berpakaian begini.

Ok, mahu bertukar kerjaya lagi :)