March 29, 2024

Peringatan Buat Blogger : Jangan Jatuhkan Aib Sendiri Mahupun Orang Lain

Peringtan buat blogger.

Ini merupakan amaran keras dari Bro buat semua rakan-rakan blogger.

Tolong jaga dan jangan jatuhkan aib sendiri mahupun aib orang lain.

Kalau rasa buat untuk seronok-seronok. Ingatlah, malaikat kiri dan kanan anda tetap mencatitnya.

Dan tidak sesekali mereka menggunakan pemadam ataupun liquid paper seperti mana yang anda guna semasa menjawab exam.

Bro berpesan begini,

Sebab ramai sangat blogger yang membuka aib sendiri sama ada mereka sedar atau tidak. Dan ada yang berbangga dengan aib yang dorang buka.

Dah termalu,

Mula privatekan blog, mula delete blog, then tutup facebook semua bagai.

Dan jika semua ini anda lakukan, anda tidak layak mengatakan anda profesional blogger hanya #retis semata-mata. Silap hari bulan, anda menjadi berita sensasi di setiap blog-blog yang ada.

Now dunia blogger tak sama macam dulu.

Sekarang ini, rapat macam kawan. Akan datang, mereka tertibe transformers menjadi gunting dalam lipatan.

Keluarga Wardina Safiyyah Fadlullah

Terbaca keluhan Wardina Safiyyah Fadlullah yang terpampang di dada akhbar dan ada kaitan dengan blogger.

Wardina Safiyyah Fadlullah memberi tempoh 14 hari mulai semalam kepada pengendali blog yang mengaitkan dirinya dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) supaya mengeluarkan gambar dan artikel berkaitan dirinya daripada blog tersebut.

Dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya pengendali blog terbabit masih berdegil dan enggan berbuat demikian.

Blog tersebut telah memuat naik gambarnya semasa tidak memakai tudung yang disifatkan sebagai menghina dan memalukannya.

Lagi-lagi beliau sudah mempunyai anak dan suami. Ianya secara tidak langsung membuka aibnya pada masa dahulu sedikit sebanyak memberi kesan kepada mereka.

Bicara Bro : Alangkah harmoni dan bahagianya mereka sekeluarga dalam gambar diatas. Jangankan sebab korang nak kejar trafik atau buat cerita-cerita panas sampai sanggup buat satu keluarga bercerai berai.

Dosanya, korang fikirlah sendiri ek.

Dulu masa memuda bro minat juga pada Wardina Safiyyah Fadlullah :)

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

87 thoughts on “Peringatan Buat Blogger : Jangan Jatuhkan Aib Sendiri Mahupun Orang Lain

  1. lar..skrg bro dah tua ke?? i dont think so…ekeke…

    smoga wardina banyakkan bersabar. dan yang membuka aib orang itu moga mendapat keampunan. insyaAllah.

    1. amboi samakan bro dengan santan ek…

      Now orang ramai amik santan dalam pack je.. just bancuh dengan air panas

    2. dengan keadaan bro + sakit yang bro hadapi..

      memang akan terasa tua.. terasa makin dekat dah…

    1. zaman sekarang apa-apa pun boleh menjatuhkan maruah orang.. antara kita sedar atau tidak sahaja

    1. bagi bro aib tue merangkumi semuanya termasuk aurat…

      kadangkala ape yang kita perkatakan dan lihatkan boleh dikatakan sebagai aib sendiri

  2. jangan kerana mengejar nama kita membusukkan nama orang lain pula. hidup macam roda..lain kali akan kena balik kat batang hidung sendiri.

    biarlah blog tu memberi manfaat bukannya menjatuhkan maruah diri dan orang lain.

    1. Betul tue puteri,

      Jangan la sampai terkena batang hidung sendiri baru tersedarkan :)

  3. kesal dgn tindakan blogger yg mcm ni. sbb tu saya xsuka buat niche blog dlm bentuk hiburan. kalau ada poster atau lukisan di dinding rumah dalam blog ER ni yang ada tunjuk perempuan bogel, saya akan blurkan. Sbb bg org barat, bogel tu satu seni.

    1. bila politik dipenuhi dengan mereka yang menyalahgunakan politik untuk menghalalkan apa yang mereka lakukan

    2. Nak niche.. biar la bebetul cam beaautifulnara dan juga budiey.. itu lagi bagus..

      semua fresh dan terkini + tepat dan bersumber

      bukan serkap jarang

  4. tak baik berperangai mcm tu…
    blogging ini untuk kepuasan hati sendiri sudah lah…
    ada rezeki dapat duit…
    tapi jangan mencari dosa…

    1. payah nak mintak maaf sesama manusia ni…
      ramai yg buat salah tapi tak ramai yang sanggup nak meminta maaf…

  5. btol tu..berblog jgn la semata2 nak tarik trafik semata2. apa yg dpt kalau mengaibkan orang..sanggup ke nak jawab ‘esok’ bila ditanya kan.

    jgn sbb nila setitik, rosak susu sebelanga..

  6. betul tu bro…terkejut jugak nizam baca paper bila dikaitkan dengan nama blogger kan…

    jangan kerana setitik rosak satu komuniti blogger kan bro… bab kata bro “be professional blogger” bukan #retis..hehhee

  7. betul tu bro…terkejut jugak nizam baca paper bila dikaitkan dengan nama blogger kan…

    jangan kerana setitik rosak satu komuniti blogger kan bro… bab kata bro “be professional blogger” bukan #retis..hehhee

    1. Manusia..

      kalau ikutkan sejarah, pasti akan ada kali ke-2,3 dan seterusnya

  8. mereka mangaibkan sebab nak dapat traffic yang tinggi .. tapi mereka tak fikir effect nya nanti .. blog sekarang menjatuhkan orang.. blog dulu banyak tutorial , information .. terima kasih bro sebab mengingatkan blogger termasuk saya

    1. sama-sama..

      bro hanya mengingatkan sesuatu supaya anda, anda dan anda tidak terpesong..

      kita nak jadi blogger profesional. perlu tahu pasal benda ini…

    1. ramai yang suka abaikan perkara-perkara sebegini.. semata2 nak mengejar sesuatu yang tidak berbloi.. tapi memudaratkan di akhirat kelak

    1. wah.. sama la kita :)

      eh xde ke sape2 yang suka dekat bro huhuhuhu T-T

  9. Betul tu, jangan sampai tulisan dan paparan di blog kita mengaibkan orang lain. Nak buat sesuatu kena fikir dengan akal yang rasional, dan letakkan perasaan kita kalau kita di tempat dia.

    1. Ramai yang tidak berbuat begitu..

      Sekali terkena di batang hidung sendiri..?? Baru tau

    1. patut dalam blog perlu ada T&C baru la kita tidak terkeluar dari fitrah dan tidak terlalu mengejar seuatu sehingga memudaratkan orang lain

    1. masa memuda la.. coz sekarang dah kahwin he..23x

      bro xkoja trafik he..23x

  10. tak baik aibkan org lain ni tambah dosa ja sian akak wardina dabar ja la adoi la nak kejar glamour ka apa blogger yg buat gitu haish mcm2

    1. kalau jadi glamour dengan benda-benda cam nie.. xde pe2 yang boleh dibanggakan

  11. manusia zaman skrg nih.. demi traffic/populariti.. sanggup lakukan apa saja.. sampai nk membuka aib org lain.. tak patut btul..

Leave a Reply to Datin Tyka Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *