You are here
Home > 1001 Pictures > Foto Pilihan > Muka Legend, Hati Cute

17,431,829 total views, 5,673 views today

Muka Legend, Hati Cute


Muka Legend, Hati Cute…

Best pula tagline nie.. Termasuk lawak-lawak mereka. Simple & tidak terlalu berat.

Tadi bersembang dengan Yusuf Rosli [tokey import export pantun] di facebook bro.

Terbuka kenangan lama bro semasa berblog tahun 2007,

Masa ini,

Bro rajin berbalas pantun di blog bersama beberapa rakan blogger yang power mower zaman itu.

Ramai yang masih aktif berblog, ramai juga yang kurang aktif dan ramai yang tidak berblog lagi. Dari guru tadika sampai la kepada penerbit rancangan.

Memang ukhwah yang terjalin terlalu erat.

Bro beli pantun dari Yusuf Rosli. Dan beliau terus tak jadi nak beli pantun dari bro.

Pantun bro biasa-biasa je. Ada sesiapa nak beli x pantun bro ini?

pandang bukan sebarang pandang
pandangan kita tetap tak sama
bukan populariti yang ku sandang
tetapi kreabiliti orang lama

pergi kebukit mengutip cendawan
Takut terkutip cendawan beracun
ditolak musuh dicari kawan
muka legend hati mesti mahu cun

Bicara Bro : Menarik tengok bro tersenyum dalam pic di atas. Terasa macam muda je walaupun kenyataan, Ben Ashaari je yang tahu he..23x

“Muka Season, Hati Bertaman, Jiwa tetap Legend”

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

25 thoughts on “Muka Legend, Hati Cute

  1. buai laju-laju sampai tinggi ke awan
    si anak kecil bermain di taman
    kredibiliti orang lama tidak boleh dilawan
    banyak ilmu dan juga pengalaman

    hidup berkawan tidak mahu berlawan
    hati mulia seorang dermawan
    ku bukan jutawan dan ku bukan hartawan
    tapi ku punya senyuman yang menawan

    hehe…boleh tak macam ni bro??

  2. wohoo.. terbaik la bro pantun tu..
    patut la si along tu tak nak beli.. hahaha..
    cik pulau nak jawan pun.. mesti lama nya duk pikir.
    so tak jadi jugak la nak beli. haha..

    takpe bro.. even umur tak muda.. jiwa tetap muda.. tu yang penting..
    lalala~

    1. bro berpantun biasa2 je.. xde power mane pun… bukan along xnak beli.. die risau bro naikkan harga je bile syok layan pantun dengan bro…

      ala tahaun depan pun boleh je if nak beli.. [hope xsusut nilainye]

      if jiwa muda nie yang parah.. sorang2 bro rase nak amik buat bini nanti he…23x

    1. susah nak tengok bro tersenyum 🙂

      manis ek…?? dah berkawan pun dengan si manis kan

    1. macam iklan M&M la pulak

      idaman setiap insan ek.. risau ramai yang mengidam suami orang nie nanti he..23x

  3. alahai… merajuk ke bro?..

    meh sini nak beli meh… 😀

    meredah hutan mencari ular
    eloklah pulang sebelum gelap
    biar yang lain mengejar popular
    aura sendiri terus digilap

    ranum berbuah si pohon kundang
    bini mengidam laki yang nganga
    musuh datang tak pernah diundang
    teman mendatang hati berbunga

    =p

Leave a Reply

Top