March 29, 2024

Madu Lebah Tualang

Seronok pula layan dokumentari mengenai madu lebah tualang. Dimana ianya merupakan madu terbaik yang dihasilakn secara semulajadi di negara kita.

Kali ini, bro nak berkongsi cerita pasal madu lebah dan bukannya bermadu lebih-lebih

Asal usul madu.

Lebah mengumpul nektar iaitu manisan dan debunga daripada bunga, tetapi hanya nektar digunakan untuk membuat madu. Debunga melekat pada bulu-bulu kaki belakang lebah manakala nektar di dalam perut lebah dan diangkut balik ke sarang.

Nektar sebenarnya adalah larutan manisan yang mana lebih kurang 50% larutan tersebut terdiri daripada gula selebihnya air.

Di sarang, nektar akan dibiarkan tersejat untuk beberapa hari sehingga 83%. Proses penyejatan dipercepatkan oleh pergerakan udara yang terhasil oleh pergerakan sayap lebah. Setiap sel sarang dilitupi oleh lapisan lilin propolis.

Gula glukosa dan fruktosa yang terdapat dalam madu adalah terlalu pekat menyebabkan sukar bagi kulat dan mikro-organisma untuk hidup di dalam sarang lebah.

Madu yang terhasil mempunyai rasa yang berbeza dan musim nektar itu diambil oleh lebah.

Madu terkenal sebagai manisan semula jadi yang kaya dengan sumber kesihatan. Rahsia kebaikan madu dalam penyembuhan secara semulajadi terbongkar oleh saintis perubatan terkemuka dunia.

Bicara Bro : Madu merupakan ubat yang terbaik yang dihimpunkan dari berbagai jenis bunga-bungaan.

Tetapi ingat, madu sedikit boleh menjadi penawar, jika berlebihan boleh membawa kemudaratan. Begitu juga dengan bermadu. Fikir-fikirkan.

Jom perkena Teh Tarik dengan madu.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

30 thoughts on “Madu Lebah Tualang

    1. kepuasan tue yang perlu…

      bukan senang nak kutip.. kalau buat ladang pun, rasanya tidak sesedap madu asli

    1. kalau ikutkan memang betul… lagi satu ianya susah nk cari.. dan lebah ini hanya bersarang pada pokok tualang je

  1. my abah suka sgt dengan madu..paling elok makan madu lebah tualang la..biar mahal xpe.asalkan berkualiti..skrg pon dah ada madu tiruan tau.nak tau beza yg ori dengan tiruan bila letak dalam peti ais,yang ori xkan beku dan yang xori akan beku..

    jom lihat sini: BLOGGER MURAHAN?

    1. satu kerja nak beli nk masukan dalam peti ais…

      patut la xde yang jual madu dalam peti ais he..23x

  2. ayah sy selalu paksa sy makan madu…die cakap baik utk asma sy…betol ke baik utk asma? tp sy tak suke sbb pekat sngat hehe….

    p/s:-
    makan madu takpe…jgn bermadu sudah la….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *