You are here
Home > Uncategorized > Luahan Hati Seorang Gadis Kepada Gadis Seusianya

17,420,653 total views, 2,474 views today

Luahan Hati Seorang Gadis Kepada Gadis Seusianya

Bro tertarik dengan satu komen di entry bro sebelum ini mengenai Jangan Kerna Nak Puaskan Kaum Lelaki, Diri Anda Yang Terseksa.

Dan komen ini dilontarkan oleh sahabat blogger kita iaitu cik faten.

Bro..

Walaupun saye perempuan.. Saye setuju dengan statement bro nie.. Sebab ramai jugak kawan2 saye yang macam nie.. Sanggup menyerahkan mahkota sendiri kepade lelaki yang belom tentu miliknyer…

Alhamdulillah saye xmacam 2 dan diminta simpang malaikat 44….

Mungkin jiwa remaje yang memikirkan seronoknyer bercinta.. tapi dorang xpikir panjang ape yang akan berlaku pade dorang kelak…

Bagi saye cinta xperlu korbankan diri sendiri dan biar pihak disebelah sane yang mengaut untung sedangkan diri sendiri yang menderita..

Sepatutnyer kiter kene pikirkan agama dan keluarga terlebih dahulu sebelum memikirkan sang kekasih yang belom tentu milik kiter….

Walau semanis mane janji dye terhadap kiter… kiter kene ingat yang kiter tidak boleyy bace hati dan fikiran dye.. fikiran dan hati kadang2 xsame ape yang keluar dari mulut…

Banyakkan berdoa supaya kiter ditemukan jodoh yang baek2.. amin…

Bicara Bro : Adeh jenuh nak baca ayat budak remaja sekarang ini [tertiba terasa bahawa diri semakin tua he..23x]

Tetapi luahan dia menarik perhatian bro dan bro rasa, memang sesuai dikongsikan untuk memberi kesedaran kepada yang lain.

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

34 thoughts on “Luahan Hati Seorang Gadis Kepada Gadis Seusianya

  1. kita perlu letakkan agama di tempat pertama, mak ayah ditempat kedua dan diri sendiri di tempat ketiga dalam pengagihan kasih sayang kita.

    Dengan cara ini baru kita akan pandai menjaga maruah diri.

    1. tapi kalau ikutkan…

      sayang pada diri sendiri adalah yang pertama… jika kita betul2 sayang pada diri sendiri.. kita tidak akan melakukan sesuatu yang memudaratkan diri sendiri..

      🙂 dan dari situ agama dijadikan pendoman, dan mak ayah dijadikan pembimbing kita 🙂

    1. jangan terbiasa sangat ek faten… 🙂

      kita nak jadi blogger profesional perlu berprofesional dalam penulisan juga 🙂

    1. bro masih lagi terus merenung.. merenung tentang sesuatu.. sesuatu yang terjadi dan akan terjadi

    1. susah nak kata la fahmi…

      banyak faktornya…

      1- pengaruh sekeliling
      2- bila al-quran bukan menjadi petunjuk
      3- bila tanggungjawab tidak terlaksana
      4- bila agama sekadar hiasan dan status

      dan yang terpenting sekali.. bila rezeki dari sumber yang kurang berkat masuk dan menjadi darah daging kita..

      lalu sedikit demi sedikit menggelapkan hati sanubari kita

      hope jawapan dari bro memuaskan 🙂

    1. kadangkala bukan sebab nafsu dan pengaruh… tetapi sebab sayang yang tidak bertempat

      gadai sebab sayang…

  2. Salam,

    Betul tu kawan-kawan…Jangan mudah serahkan maruah anda kepada lelaki…Harga diri seorang wanita tu sangat-sangat tak ternilai…kecualilah anda banyak duit dan boleh buat pembedahan selaput dara macam artis tu…opsss..terlebih sudah…hahah

    pssss- bro, tengok saya tulis penuh demi menyahut seruan bro untuk menjadi blogger proffesional..harharharr…

    1. w’salam

      kadangkala xberbaloi pun buat pembedahan selaput dara.. kadangkala yang berdara pun tapi hati banyak busuk…

      tang tue saja terjaga.. tp akhlak xterjaga.. mulut pun xterjaga

  3. saya nak luah knapa nasib saya selalu malang? bila dah sayang dgn seorang lelaki dan mula nak bahagia,macam2 dugaan…

    1. Boleh saja… Bro sudi mendengarnya…

      Bukan sahaja dala perhubungan. Dalam apa-apa pun tetap ada dugaan.

      Semuanya bergantung pada kita sama ada boleh menempuhinya atau tidak. Dalam masa yang sama menguji ketabahan & ketahanan kita menghadapinya

Leave a Reply

Top