You are here
Home > Bersama BroFramestone > Isu Panas Bersama BroFramestone > Jom Join Kelab Taat Suami

17,431,064 total views, 4,908 views today

Jom Join Kelab Taat Suami

Sebuah kelab baru di Indonesia yang menggalakkan wanita untuk benar-benar taat kepada suami mereka dan memberi tumpuan terhadap kepuasan seksual telah mendapat bantahan dalam kalangan beberapa aktivis.

Kelab Taat Suami cawangan Indonesia mendakwa mempunyai 300 ahli di beberapa bandar raya di negara ini.

Ketua kumpulan, Gina Puspita memberitahu,

“Kelab tersebut turut menawarkan pakej pembelajaran termasuk bagaimana cara terbaik untuk melayan suami di atas katil”

Mereka mendakwa boleh mengatasi masalah pelacuran dan perceraian apabila memberi tunjuk ajar kepada wanita untuk membolehkan suami sentiasa gembira di bilik tidur.

Pendapat Bro :-

Kalau ikutkan, dalam intitusi kekeluargaan. Terutama part suami isteri. Masing-masing perlu memain peranan dalam memastikan keutuhan rumah tangga.

Cuma masing-masing tidak cuba memainkan peranan sebaiknya. Mungkin mereka merasakan dengan apa yang telah mereka lakukan sudah memadai.

Bila terjadi konflik atau ketidak puas hatian sebelah pihak.

Mula masing-masing menunding jadi. Sedangkan mereka sendiri tidak sedar permasalahan ini berpunca dari diri mereka sendiri.

Bicara Bro : Teringat dekat seorang sahabat bro yang bercerai setelah beberapa bulan berkahwin atas permintaan keluarga sebelah perempuan.

Dia perasan ada sesuatu yang tidak kena dengan perkahwinannya apabila isterinya asik mengelak untuk bersama. Rupanya ada hikmah disebaliknya.

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

20 thoughts on “Jom Join Kelab Taat Suami

  1. dah hal berumahtangga tu perlu tegur menegur kalau ada rasa terkurang dan memuji bila ada rasa terlebih…baru la masing-masing boleh memperbaiki kelemahan. Tak perlu nak salahkan satu pihak je.. it takes two to clap

    1. mungkin kelab ini bertujuan untuk berkongsi pendapat dan tip dalam tegur menegur antara suami isteri..

      takut tersalah tegur, bahana yang menimpa.

      sedangkan lidah lagi tergigit. inikan pula suami isteri 🙂

  2. err perlu ke ye semua kena ade kelab segala heheheheh..
    perlu juga ke nak cerita hal dalam kain pada org luar(sbb kena hadiri kelas cara nak layan suami kan so kena ceritala hal peribadi kan)..lepas ni kelab apa pula ye hihihihi

    1. lepas nie kelab jaga tepi kain orang lain he..23x

      ade positifnya kelab ini.. dari kelab2 yang lebih terjerumus kepada kecurangan mahupun yang pelik2 di luar sana

  3. harus ada sikap tolong menolong dan tolak ansur…
    kalau dah sikap ego melangit, tak kira lah suami atau isteri, haruslah rumah tangga berantakan….

  4. org kata hidup alam berumah tangga ni kena banyak tolak ansur. dan jugak saling faham memahami..dan ciri2 mcm dlm entry bro sebelum ni tu kan.

    org dolu2 kata, sedangkan lidah lagikan tergigit, inikan pula suami isteri (terus teringat lagu P.Ramlee & Saloma dalam Tiga Abdul dalam kandang kuda tu.lalalalala)

    1. best pulak rasenye…

      teringin nak bermalam dalam kandang kuda he..23x sambil nyanyi2…

Leave a Reply

Top