March 29, 2024

Jangan Kerna Nak Puaskan Kaum Lelaki, Diri Anda Yang Terseksa

Entry ini khas buat kaum perempuan di dalam dan di luar blog bro.

Bro perhatikan, ramai perempuan sanggup melakukan apa sahaja sehinggakan membahayakan diri sendiri mahupun masa depannya semata-mata hendak puaskan kehendak lelaki.

Tadi terbaca di kosmo mengenai tindakan seorang kerani yang membuat pembedahan plastik untuk membesarkan payudara semata-mata kerana hendak menggembirakan teman lelakinya.

Tetapi ianya mengundang padah apabila beliau bukan sahaja terpaksa menanggung derita, malah turut dikecewakan lelaki tersebut.

Dia bertekad melakukan pembedahan tersebut selepas teman lelakinya sering mengadu yang dia malu mempunyai teman wanita berbadan berisi tetapi mempunyai payudara kecil.

Aduhai…

Ini baru satu kes,

Belum lagi kes, perempuan yang terpaksa diet or makan pil itu ini semata-mata nak kuruskan badan atau mencantikan body.

Kes, terserah dara dan tubuh semata-mata xnak lelaki itu hilang.

Belum lagi kes, terserah semua harta dan duit kepada lelaki yang tidak pandai mencari duit dan just menipu duit perempuan.

Nak lagi kes,

Budak remaja terlanjur dengan suami orang yang disangka masih single lagi dan dijanjikan nak kahwin, tetapi asik mencari alasan je memanjang.

Bicara Bro : ada akal gunakan sebaik mungkin. Walaupun akal anda ada satu, tidak bermakna anda tidak berakal.

Jangan utamakan duniawi, sedangkan kenyataannya wanita memang mudah hanyut dengan duniawi.

Iklan : Jangan lupa vote blogger pilihan anda di wwwow [walaupun kenyataannye ddah 3 minggu bro tiada dalam senarai top 10 blogger]

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

39 thoughts on “Jangan Kerna Nak Puaskan Kaum Lelaki, Diri Anda Yang Terseksa

    1. Kalau perempuan yg pandai mengoda, gamaknye habis semua lelaki jadi mangsa he…23x

      Lumrah alam, even binatang, hanya beberapa jenis binatang je dimana betina akan menggoda si jantan

    1. Sebab mereka mudah terpedayalah, bro buat entry ini.. kot2 dorang tersedar dari lamunan

  1. bro.. walaupun saye perempuan.. saye setuju dengan statement bro nie.. sebab ramai jugak kawan2 saye yang macam nie.. sanggup menyerahkan mahkota sendiri kepade lelaki yang belom tentu miliknyer… alhamdulillah saye xmacam 2 dan diminta simpang malaikat 44….

    mungkin jiwa remaje yang memikirkan seronoknyer bercinta.. tapi dorang xpikir panjang ape yang akan berlaku pade dorang kelak…

    Bagi saye cinta xperlu korbankan diri sendiri dan biar pihak disebelah sane yang mengaut untung sedangkan diri sendiri yang menderita..

    sepatutnyer kiter kene pikirkan agama dan keluarga terlebih dahulu sebelum memikirkan sang kekasih yang belom tentu milik kiter….

    walau semanis mane janji dye terhadap kiter… kiter kene ingat yang kiter tidak boleyy bace hati dan fikiran dye.. fikiran dan hati kadang2 xsame ape yang keluar dari mulut…

    banyakkan berdoa supaya kiter ditemukan jodoh yang baek2.. amin…

  2. aini sbgai pmpuan pon malu nk berckp pasal ni,. klu la ada BF yg ckp mcm tu,.bek humban je ke laut,. dah terang tang2 dia nak body kite je,. kecik la,tak best la,.sepak lelaju tau la,.

    1. Ini bukan pasal malu ke ape..?? Ini pasal maruah dan harga diri masing2

      If korang malu nk jaga.. sape lagi nak jaga n lindunginya kan.

      Tapi memang ramai yang nak seorang perempuan tue sebab body.. lagi2 la kalau body korang tue mmg menarik.. confirm ramai yang nk

    1. Bro pun bersyukur dengan apa yg bro ade.. hope yg dapat bro leh terima ape yg bro ada dengan penuh kesyukuran

  3. orang paling tak reti bersyukur dgn apa yg ada di diri sendiri adalah kaum perempuan kebanyakannya DAN orang yang paling banyak suka ambil kesempatan pastinya lelaki

    1. He…23x tambah lagi…

      Yang pandai mengambil kesempatan adalah tokey product kecantikan dan kesihatan + seangkatan dengannya

    1. Tue la pasal.. dari saiz 32 nk up jadi 34 huhu nak tahu lebih lanjut, g la bace paper huuhu

  4. hmm..tak fhm apa nak jadi..smpai snggup jadi bodoh semata2 nak puaskan teman lelaki. kan sndiri dah susah..terima dan bersyukur la dengan apa yg tuhan dah bg.

    bnyk contra dari pro buat plastc surgery ni. lgi lak kalo buat cekai2 punya surgery. lagi tak bleh harap..ibarat membunuh diri sndri.

    yg bercinta tu (especially pompuan) jgn jd pendek akal. utk tman lelaki snggup buat apa je. nk syg tak slh, tapi biar berpada2 la..be rasional n fkr guna akal. kna ingat lelaki yg jd teman lelaki skarang blom tntu akan jadi suami anda..so jgn gadaikan maruah/harga diri dan harta (kalau berharta) macam tu je.

    Peace (n_n)

    1. Manusia mmg susah nk puas dengan apa yang ada.. xsalah nk berkorban, tetapi biarlah tidak memudaratkan diri..

      Kan ade krim dipasaran.. tetap juga nak buat pembedahan..

      Bro xtau cam mane nk menyedarkan kaum perempuan yang terlalu taksub dengan janji2 cinta yang terang2 penuh dengan nafsu dari lelaki.

  5. bila lelaki dah start mintak kita tukar atau ubah apa2 yg ada dalam diri kite, tu maknanye dia tak boleh nk terima perempuan tu seadaanya…tu bukan ciri-ciri pasangan yang layan dibuat suami! lain la kalo perubahan tu kearah kebaikkan, tu takpe…

    guys, tolong terima kekurangan dan kelemahan pasangan anda…jgn amik kesempatan ke atas jiwa perempuan yang lemah dan senang cair tu…

    girls, jgn la lemah sangat dgn pujuk rayu lelaki tu…sampai sanngu nk ubah diri sendiri dan nk serah segala2nya…jgn jadi bodoh!

    1. Bro dulu pernah la couple dengan 2-3 perempuan yang dorang sendiri nak berkenalan dgn bro..

      Dah couple je.. nk bro berubah itu ini.. eh ko sape nk ubah2 aku ikut sesuka hati ko..

      Bro dh bahagia dengan diri bro sendiri.. xpyh la nk ikut telenjuk mu.. wah emo x emo x he…23x

      Erm panadol, jom couple nk, kamu xpyh la ubah ape2… Bro terime je kamu cam nie.. ok x he…23x

  6. Sedihkan perempuan cam gini. Kadang2 bile tgk budak2 skolah yg menggedik ngan bdk2 lelaki rase cam nak bagi nasihat free je. Or nak pelempang je.
    Klu tak diberi nasihat dari kecik sampai kebesar la diorang jadi gitu.
    Tapi sepatutnya lelaki yg ade akal 9 tula yg patut menegur dan membimbing perempuan bukan dah tau diorang lemah ade 1 akal ambik kesempatan atas kelemahan diorang. Orang tua ada kata lembu sekandang senang jaga anak pompuan sorang susah nak jaga.

    1. Kenkadang perempuan gedik nie dorang rasa macam dh cukup bagus bile dok dipuji dan dimanja oleh lelaki2.. sedangkan kenyataannye, si lelaki hanya nk amik kesempatan semata-mata.

      He..23x lelaki yang nk enjoy tue la yang guna 9 akalnya untuk mengambil kesempatan.. biasa la budak baru nk up..

      Cam bro sedaya upaya menggunakan 9 akal yh ada untuk menasihati perempuan melalui entry bro ini..

      Risau pulak bila xmampu nk jaga anak perempuan sendiri

  7. Inilah padahnya kalau bercinta ikutkan perasaan.tambah lagi tiada sekatan dalam mengawal hawa nafsu.sanggup buat apa saja sampaikan alquran dan hadis di tolak ketepi.padahnya siapa yang menanggung? Diri sendiri yang merana. Belum lagi bahang api neraka yang sedang menunggu di akhirat nanti

    1. :)

      Begitu ringkas manusia berfikirkan..

      Sehingga tidak nampak kesan jangka panjqng dan hanya memandang kesan jangka pendek

  8. haish..macam2..harap xde lah jd gini pd kaum kelurga sendri,

    pokok pngkal.xkira laki ke pompun.klo agamanya dijaga,insyallah xde bende2 gini nk berlaku..bnykknye skng nafsu menang dlm segala hal

    apa2 pon klo nk ubah2 dari segi fizikal dah kira melampau,terima seadanya lah,time memula suka xkesah pulak?? iskkk…

    klo nk suroh berubah perngai diri yg buruk ke baik,haa..tu ok la,kene ada kerjasama ngn psgn masing2…

Leave a Reply to puteri kasih Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *