April 19, 2024

Luahan Hati Seorang Blogger [Part 10] Blogger WordPress Bukan Blogger Otai


Bro tertarik dengan apa yang dikongsikan oleh Umar Faruq di blog beliau.

Dari situ bro tertarik untuk buat entry susulan untuk segmen Luahan Hati Seorang Blogger.

Bagi bro la kan,

Blogger yang menggunakan wordpress sebagai platform untuk blog berhosting mereka tidak layak digelar blogger otai.

Sedangkan gelaran itu korang yang beri. Tiada benda yang mampu meletakan dia sebagai blogger otai sekiranya,

  • Berblog baru setahun jagung
  • Entry pun copy paste
  • Pengisian tiada
  • Tiada rasa hormat pada orang lain tetapi mahu dihormati
  • Penulisan blog, google translate pun tak reti nak translate

Blogger yang menulis blog dalam bentuk blog peribadi (jiwang, cinta-cinta dah semuanya berkaitan peribadi) tidak boleh dianggap blogger profesional.

Blogger profesional,

Bro anggap blogger yang melakukan perkongsian fakta dan maklumat melalui penulisan blog.

Dan semua yang dikongsikan berbentuk education dan mempunyai pengisian dan bukan sekadar melepas batuk di tangga mahupun di tingkap.

Dimana penulisan dihasilakn dari research dan bantuan dari beberapa rujukan. Dan bukan ikut sedap mulut atau hati menghujah sesuatu perkara atau isu.

BlackBerry Messenger, now see it in action

Jika anda betul-betul Blogger Profesional,

Blogger seperti ini mempunyai hak Copyright dan Intellectual Properties [IP]  terhadap apa yang telah mereka kongsikan di blog.

Dan jika mereka membuat penjenamaan terhadap apa yang mereka tulis dan blog mereka di daftar atas nama syarikat. Mereka mempunyai hak untuk menyaman mana-mana pihak yang telah menyalahgunakan kandungan blog mereka.

Kalau anda perasan, ada beberapa blogger mempunyai syarikat sendiri. Dan kebanyakan mereka merupakan blogger yang mantap dan mempunyai penjenamaan dalam dunia blogger.

Bukan dunia syok sendiri bagi sesetengah blogger. [Bukan blogger #retis yang bro maksudkan]

Blogging Ini Merugikan?

Ramai pula yang menganggap berblog ini merugikan. Lagi-lagi jika tiada apa-apa benefit kita perolehi sedangkan berjam-jam duduk layan blog.

Benefit yang bro maksudkan bukannya berbentuk duit. Tetapi ganjaran yang berbaloi dengan apa yang anda lakukan. Jika tidak, apa yang anda lakukan memang merugikan.

Jangan jadi blogger yang membuang masa.

Apakah perasaannya bila apa yang kita abadikan dalam blog dari keringat dan perahan jus otak selama bertahun-tahun. Sanggup tak tidur, skip buat assigment dok karang dan ping sana sini.

Akhirnya hilang begitu sahaja.

Sebab di delete atau akaun disuspen oleh google.

Mahu ada yang meraung, frust tertongeng dan ada juga berhenti berblog terus.

Cara  terbaik, adalah mempunyai hosting sendiri. Dan blog di host pada hosting tersebut.



Ala Abang Ben pakai blogspot boleh je pergi jauh

Jangan gegatai samakan blog korang dengan Ben Ashaari. Sebab Ben mempunayi branding atau penjenamaan sendiri.

Dan branding yang bro maksudkan bukan pada blog beliau. Tetapi pada domain yang beliau miliki.

Tak kisah apa-apa terjadi pada blog beliau sekarang. Dia boleh je buka blog baru dan tempek domain BenAshaari.com. Confirm trafik tak terjejas dan pembaca beliau tetap ada.

Bagaimana pula dengan korang?

Gamaknya ada juga yang kena start berblog semula.

Bagi siapa yang mempunyai keinginan yang kuat, mesti tiada masalah nak bermula semula. Tak kisah dari bawah ke apa.

Tapi bagi yang tak kuat, gamaknya terus stop berblog.

Dari pengalaman bro berblog dari tahun 2006

Maaf tiada apa yang boleh bro kongsikan.

Cuma tak nak blogger-blogger yang baru berjinak dalam dunia blogging tersungkur begitu sahaja. Ada apa dengan dunia blogging nie.

Jika betul caranya, anda akan jumpa jawapannya. Jika tidak, selamat datang ke dunia syok sendiri anda :)

Bicara Bro : Bro menggunakan wordpress sejak tahun 2007. Dan blog ini bukannya satu-satunye blog yang bro miliki.

Bro bukan otai, tetapi bro menjana side income dari semua blog bro. Dan semua didaftarkan atas nama syarikat bro

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

81 thoughts on “Luahan Hati Seorang Blogger [Part 10] Blogger WordPress Bukan Blogger Otai

    1. wah.. ingatkan Imam Muda tadi…

      banner mane.. nak promote business x nie huhhu

    1. Maaf bro xjumpa jalan yang benar,, masih lagi menggunakan jalan yang lurus.. xde bengkok-bengkok

    1. Kalau tak happy tu yang susah tu..
      pada den tulis je ikut mana yang rasa sesuai ngan kita.. jgn fikir sgt..

    2. Tapi ramai je yang xhapy bila berblog…

      Terlampau mengejar trafik.. terlampau mengejar earning.. tapi pengisian blog xde…

      tue baru pengisian.. belum benda lain lagi

    1. Blogger syok sendiri nie golongan mereka yang rasa mereka dah cukup gah dan power dengan blog mereka :)

  1. sy msih setahun jagung dlm dunia blogging..dah ntah kan layak atau tidak utk digelar seorang blogger pun..
    jauh sekali la nak bergelar blogger otai..

    1. zati mampu juga jadi blogger… xpayah mengejar status otai… asalkan mampu berblog dengan hati yang terbuka dan happy always

    2. huiiishh..tak penah mimpi la nk dptkan status otai tu..bro lain la..dah mmg otai pun kan kan kan..hehe

      cukup la kalau sy berblog tak mengaibkan orang lain, tak mendatangkan keburukan pada orang lain.

      mmg berblog kena dengan hati terbuka dan happy:)

    3. masa bile pula bro otai.. cube cite dekat bro

      tue la yang terbaik :)

      teruskan usaha murni kamu tue…

    1. xde benda pun nak direspek…

      mu hensem bangat beb he..23x happy buzday :)

  2. contoh terbaik yg hebat di dunia adalah Huffington Post. Kini dibeli oleh AOL. Bayangkan bagaimana sebuah blog asalnya adalah blog politik kini dibeli dgn harga berjuta2 dollar oleh gergasi Internet.

    1. Bagaimana pula dengan blog yang anak bangsa kita hasilkan…

      patutkah dilabelkan sebagai sampah [seperti yang diperkatakan oleh sesetengah pihak]

    1. sebarang pengiklanan, advertorial mahupun yang berkaitan dengan perniagaan dan menglibatkan orang ke-3 di blog ini, bro akan berurusan atas nama syarikat bro sendiri..

    1. baru nak berlajar berenang ke…??

      teu la dok naik feri je balik ke pulau huhu

  3. tu la…mula mula baca post umar faruq pagi tadi macam panas jugak..hehek…boleh jadi isu jugak ye benda macam ni…bagi saya yg bertukar ke WP ni bukan sebab nak berlagak atau tunjuk otai, tapi lebih kepada cabaran yg ada pada WP ni.bukan mudah apabila bertukar dari blogspot ke WP sebenarnya.

    yang keduanya bila fikir kalau lewat tukar ke WP ni rasa sayang pula kalau follower yang dah banyak hilang begitu saja…

    peace… :)

    1. kadangkala kita kena dengar juga luahan dari blogger yang terasa macam ditindas…

      statement x menyebelahi mana-mana pihak.. cuma nak ketengahkan apa yang terluah untuk renungan bersama

    1. tetapi ramai yang menyalah ertikan…

      terutama blogger yang syok sendiri dengan dunianya… sedangkan realiti di sisihkan

  4. bg niq..biar lah dia nk pakai blogspot ker..wordpress ker…tp yang penting..domain…itu adalah name blog korang..

    kira macam lesen jugak…kita dah ada lesen..dan lesen tuh dah lame..so kita mampu bawak mane2 kereta…x kisah la kereta ape pon…

    same dalam blog..kita dah ada domain..dan domain itu hak kita..so kita dok dalam blogspot atau wp..kita dah ada tapak yang kukuh untuk mula balik….

    betol ker ape aku merapu nih?

  5. Salam bro.. ;)
    Thanx atas respon dari bro.. Memang informatif entri bro pasal wordpress nie..

    Saya tak cakap yang guna wordpress tu salah.. Saya cuma fokus kat pengguna wordpress yang terlalu taksub sampaikan menyindir pengguna blogspot lain.. Itu yang saya maksudkan sebenarnya..

    Entri yang saya buat tu berbentuk teguran sebenarnya.. Saya tak salahkan wordpress user pun.. Cuma saya tegur wordpress user supaya tak menyindir pengguna blogspot yang lain.. Itu je..

    Saya cuma menegur.. Tak tahulah ada orang yang benci saya lepas tu nak buat benda ni jadi isu pulak.. Awal2 entri lagi saya dah cakap entri tu untuk teguran.. Dan kat akhir entri pun saya cakap lagi sekali entri tu untuk teguran.. Tapi, nampaknya saya dah kena serang ngan pengguna wordpress lain yang tak faham motif entri saya tu..

    Diorg ingat saya menghina pengguna wordpress.. Hurm.. Tak tahulah nak cakap macam mana.. Bila saya tegur orang, saya kena serang.. Bila saya diam, yang lain makin menjadi2.. Bila saya cerita kat blogger lain, ada yang kata saya hanya berani cakap belakang..

    Bro masih ingat tak, saya pernah tanya pendapat kat bro pasal wordpress ni.. Dan saya terima sebab bro bagi pendapat dengan baik.. Saya tak salahkan org untuk guna wordpress.. Tak ada sebab sy nak salahkan diorang sedangkan sy sendiri pun nak guna wordpress dan selalu minx pendapat Hazmin Hamudin dan Bro sendiri pun sy pernah tanya..

    Cuma harap bro dapat betulkan diorang punya persepsi kat saya sebab saya rasa lepas ni mesti makin ramai orang yang tak faham pasal entri sy tu serang sy pulak.. Saya berniat nak menegur, bukan menyalahkn sesiapa..

    Allright.. Thanx bro lagi sekali sebab sudi respon pasal entri saya.. :)

    1. adeh mu kena serang ke…??

      popular la mu selepas ini…

      biasa la tye.. kenkadang apa yang kita ingin sampaikan tidak tersampai…

      sebab itu bro lebih galakan buat entry ringkas dan mudah difahami…

      kalau meleret, confirm ramai yang tersalah anggap..

      xpercaya…??

      baca la ape yang dorang komen dekat blog bro ini he…23x

      kalau nak beli hosting… boleh roger bro he..23x

    2. haha.. takpe la bro.. maybe ni dugaan utk sy kut..

      orait.. kalu nk beli hosting nnti sy contact bro lagi.. hehe.. :D

      tq again bro.. :D

    3. ala relax la…

      len kali buh sign board besar2… kalau x nampak gak tue.. bro xtau nk cakap ape he..23x

      ok x entry bro nie.. ada dapat banyak backlink ke x

  6. perkongsian yang bagus nih. nak jadi blogger biasa je takde nama sebab berblog suka-suka, berkongsi sesedap rasa. berkongsi daripada apa yang didengar, dilihat dan dibaca. huhu

    1. wah ken.. dah lama xnampak datang ke blog nie.. terima kasih sesangat :)

    1. xde info sangatan.. cuma pengisian biasa untuk segmen luahan hati seorang blogger je :)

  7. entah lah bro tk pernah lak belagak pakai wordpress , saya cuma suka apa yang saya buat hehe.. bro nk daftarkan blog bawah syarikat termasuk dalam kategori perniagaan apa ?

    1. pengiklanan dan consultancy…

      sebab bro market diri bro dan kerjaya bro di blog…

  8. saya pun blogger picisan
    walaupun ada yang cakap belakang itu ini,saya tolok tepi dan yang paling penting dalam blogging ni kita akan seronok dan jumpa kawan-kawan sekepala

    1. orang nak kata apa pun pasal bro, bro xkisah punya.. asalkan xganggu periuk nasi bro je

  9. bro , tyka selalu tanye dekat bro kan.. sebab apa.. tyka nk cube jd blogger yg terbaik … walaupon masih lemah lagi .. tapi masih mencari blogger blogger yg byk pengalaman .. bukan otai tapi berpengalaman. itu penting

  10. Well say bro!

    Terkilan bila ada yang kata Ty besar kepala sedangkan Ty selalu sedar diri ini kecil dan sememangnya pun. Dan pula tak pernah lupa diri asal usul tapi manusia selalu judge bukan2. Sedih. Berblog suka2 memang tak berniche tapi sangat berterima kasih juga pada blog sebab dapat kenalan ramai walaupun bermacam ragam tak kira “otai” ataupun tidak. Hmmm…. Masih perlukan tunjuk ajar , lack of knowledge of blogging world.

    TQ Bro juga =)

  11. Ooo.. ada beza ka ? oke2.. baru Zara tau deskripsi otai tu untuk kalangan blogger. bila baca entry bro ni.. baru Zara faham.. terima kasih sharing Bro .. maklumat dan info2 mgenai dunia blogger sgt Zara dan newbie lain harapkn.. terima kasih skali lagi.. =)

Leave a Reply to niq Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *