April 25, 2024

Sejadah Kaabah | Cerekarama TV3

Sejabah Kaabah,

Mengisahkan tentang seorang ibu iaitu Lijah dan anaknya, Izah, yang berumur 10 tahun dalam mengharungi keperitan hidup apabila Lijah terpaksa menyara keluarga dengan hanya menjual nasi lemak di kaki lima dan mengambil upah menjahit di waktu malam.

Cita-cita Lijah adalah untuk menunaikan umrah suatu hari nanti dan Izah cuba untuk menyempurnakan impian ibunya. Malangnya, gerai Lijah telah disita oleh DBKL kerana berniaga di kawasan larangan.

Walaupun tiada gerai sendiri, Izah tetap bersemangat menolong ibunya mencari rezeki dengan menjual nasi lemak menaiki basikal ke sekitar kawasan perumahan.

Di sekolah, Cikgu Jamilah mengumumkan peraduan mengarang bertemakan ’Keluarga’ peringkat kebangsaan dan pemenangnya akan membawa pulang wang tunai lumayan iaitu RM5,000. Izah berhasrat untuk memasuki pertandingan tersebut.

Di siang hari, Izah menjual nasi lemak dan di malam hari pula, dia sibuk menyiapkan karangan, itulah rutin baru Izah.

Namun, malang tidak berbau apabila Izah ditimpa kemalangan dan terpaksa dimasukkan ke wad ICU.

Lakonan mantap dari Sharifah Shahrizah, Eika Farhana, Esliza Loy, Hanis Kamal dan Noorkhiriah

Bicara Bro : Teringat kata-kata cikgu lakonan Noorkhiriah,

Setiap penulisan biar datang ikhlas dari hati, maka penulisan kita mampu dihayati dan difahami oleh pembacanya

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

28 thoughts on “Sejadah Kaabah | Cerekarama TV3

    1. Yup terbaij.. byk pengisian.. erm sedih je kan.. bila rezeki ada depan mata tp xboleh nk buat ape2

      Tapi terasa gak la bile ade budak tegur n kias2 masa die nk bukak kedai kat tempat baru tue

    1. Af sampai kul 11 je.. lepas tue leh tgk kan.. ke lepas tue ada aktiviti lain nie he…23x

  1. x dapat tgok, hostel x de tv. tapi agree sangat kate2 cikgu lakonan nor khairiah tu. kalau menulis x de feels,or x ikhlas, biler bace jer dah tahu ikhlas ke x.

    1. Hotel mne nie..?? Uum ke..?? Eh xhabis study lagi ke nie huhu

      Yup betul tue

      Ada pe2 nk komen dgn penulisan bro x..?

    2. amboi bro.. hostel UUM ade tv ar.. astro pon ade ar.. even duduk hulu takde lar mundur benor..alahai~! hehehe

      tgk jugak ari tuh citer nie..comel benau esliza loy nie kan..kan..kan.. :D

    1. sebab time nk ending, bro tengah update blog huhuhu

      la.. tengok gak ek semalam… erm pe kata g la cari kerje.. banyak je kerje kat luar sane

Leave a Reply to Bella Bell Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *