Dah sebulan lebih bro tidak bersama Nuffnang,

Banyak perubahan yang bro rasa di blog bro sekarang.

Gila Trafik

Jika dulu ramai yang kata bro gila trafik dok promote blog sana sini dan gila earning sebab nak maintainkan Buffering Earning supaya mencacak-cacak selaras dengan trafik yang mencacak-cacak ke blog ini.

Sedangkan kenyataannya,

Bukan earning yang bro nak, bro memang gila trafik. Tanpa trafik, blog bro tiada yang baca.

Ok, bro mengaku, bro memang nak orang datang baca blog bro.

Sebab apa..??

Bro memang dari dulu menulis untuk berkongsi pendapat dan pengalaman bro kepada semua. Buat apa bro bayar hosting beratus-ratus setahun, semata-mata tulis entry untuk syok sendiri.

Baik bro tulis dalam diary.

Dan bro memang seorang penulis dan juga penceramah bebas. Ada masalah x dengan kerjaya bro + blog bro. Jika ada, sila cerminkan diri sendiri. Adakah blog anda merupakan kerjaya anda. Jika tidak, anda tidak layak nak bandingkan diri anda dengan bro.

Now bro bersama dengan Innity.

Walaupun income tidak sekencang mana. Sekurang-kurangnya bro nampak dari mana earning itu bro perolehi.

Dan bro tahu,

Iklan mana yang bro dibayar tinggi dan iklan mana yang bro di bayar rendah untuk dipaparkan di blog bro. Sekurang-kurangnya itu harga yang berbaloi bro miliki untuk menyiarkan iklan dari mereka.

Dan bro tidak terasa tertekan semasa berblog.

Blog tidak update pun bro rasa lebih tenang, blog tidak ramai yang masuk pun bro masih mampu relax sambil buat kerja lain.

Dan ini membantu bro fokus pada project-project bro yang lain.

Cheque ke-4 bulan ini

Alahmdulillah,

Bro menanti cheque ke-4 bulan ini dari Churpchurp. Dan bro target hujung bulan ini nak cash out lagi.

If korang aktif berfacebook atau bertwitter, apa kata korang join Churpchurp sekarang. Tengah banyak kampen untuk korang promosikan dan setiap klik, ada la upahnya yang akan korang perolehi.

Cheque Ke-3 bulan ini

Selain churpchurp, bro aktif juga bersama says.my

Korang jangan risau la kena band dengan nuffnang if promote says.my ini. Korang guna la akal fikiran yang tuhan kurniakan.

Korang just promote di facebook dan twitter, sama je seperti churpchurp.

Elok mempelbagaikan iklan yang boleh menjana pendapatan dari fokus pada satu yang terang-terang menyatakan anda gagal mengoptimisekan apa kelebihan yang anda miliki.

Insya’lah dalam beberapa hari lagi, bro akan cash out says.my. Itu pun juga ramai yang klik iklan says.my dari bro.

Korang pun boleh mengiklan di blog bro.

Bro bebesar hati jika ada antara korang yang berminat nak mengiklan di blog bro.

Buat masa sekarang, bro hanya buka 3 slot iklan 600 x 90 pada setiap entry bro di blog ini.

Jika berminat, korang boleh hubungi bro. Harga boleh tawar menawar bagi yang betul-betul berminat untuk mengiklan di blog bro.

Tanda Perhargaan Buat Pengomen Tegar Blog Bro.

Bro dah x amik pengiklan 125x 125 di sidebar bro.

Dan ruangan iklan ini bro akan buka kepada pengomen tegar blog bro sebagai tanda penghargaan mereka dalam menyemak + memeriahkan blog bro ini.

Bicara Bro : Dalam berblog, kepuasan perlu diutamakan. Jangan tertekan mahupun terikut-ikut dengan cara mudah menjana pendapatan.

Bro akui, Bro berblog untuk kepuasan dan menjana pendapatan dengan menggunakan kebolehan dan kepakaran bro sebagai penceramah bebas + fulltime blogger.

Bro tiada masalah jika korang nak hubungi bro. Ada masa cari bro kat facebook bro sendiri