March 29, 2024

Kenapa Pengiklanan Sanggup Bayar Lebih Untuk Sesuatu Blog

Alhamdulillah,

Tengah hujung-hujung bulan ini, ternazak kejab dek kerna gaji bulan lepas sampai la nie xdapat-dapat.

Harap rezeki dari blog sahaja. Walaupun tidak seberapa. Cukup la untuk memberi bantuan pernafasan walaupun tak beberapa mencukupi oksigennya. carbon ada la sikit lalu terjadinya Carbon Dioxide.

Tetapi bro berterima kasih buat mereka yang sudi mengiklan di blog bro.

Siapa mereka?

Korang usha la iklan yang menari-menari di blog bro ini. Klik juga jika hendak tahu apa yang mereka iklankan.

Pendapatan dari syarikat pengiklanan

Boleh dikatakan ramai dari blogger memasang iklan dari syarikat pengiklanan seperti Nuffnang, Innity & Advertlets.

Anda hanya perlu memasang di blog, dan hanya memastikan bahawa ada trafik yang datang ke blog atau website.

Ini sesuai bagi blog yang belum mampu menarik pihak pengiklan untuk meletak iklan di blog anda.

Pendapatan dari Pengiklan.

Dan ini yang bro ingin tekankan dalam entry ini, dimana blog anda sendiri mampu menarik pihak pengiklan untuk mengiklan di blog atau website anda.

Kebanyakan mereka akan menghubungi anda untuk menyatakan minat mereka untuk mengiklan. Di sini harga perlu di letak oleh permilik blog atau webiste dan dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak.

Apa yang syarikat pengiklan akan nilai untuk meletakkan harga :-

  1. Reputasi blog dan juga pemilik blog
  2. Ranking blog (PR, Alexa etc)
  3. Unique Visitor & Page Views
  4. Jenis banner iklan (Saiz dan kedudukan)
  5. First view (dimana iklan itu akan nampak dulu bila website atau blog selesai di load tanpa perlu scroll ke bawah)

Bagaimana pula dengan blog anda?

Bicara Bro : Bro pernah memberi talk mengenai topik ini di UTHM bulan lepas. Dan sambutannya amat menggalakkan. Dan alhamdulillah, ramai yang dah mula menjana pendapatan di sini.

Jika ada sesiapa yang ingin mengiklan di blog bro, hubungi bro.

Top 3 pengomen blog bro bulan ini akan bro hadiahkan ruangan iklan 125×125 di blog bro selama sebulan. Jika anda merasakan anda antara top 3, cepat-cepat la design banner bersaiz 125×125 ek

Iklan : ada contest menarik [klik kalau nak join]

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

54 thoughts on “Kenapa Pengiklanan Sanggup Bayar Lebih Untuk Sesuatu Blog

    1. Senanh je.. promote je blog kat mane2, asalkan ada yang dtg.. esok dtg lagi lagi n lagi..

    1. Wel kome lal

      Ini yang bro kongsikan dalam talk bro semasa di UTHM tempoh hari

    1. Boleh je.. asalkan trafik maintain 200 dan keatas sehari, jgn down sampai puluh2

    1. Wah marvellous tue..

      Ade je blogger yg nk iklan dekat ER tue.. siapa kata xde.. alang2 baik mu buat cam alex tue..

      Tau2 je mu dorang invite untuk kasa impian he…23x

    1. If dpat dlm 200-300 sehari tue pun dh ok.. if nk charge rm10 untuk satu iklan

    1. Sama2..

      Ini salah satu topik semasa bro dijemput untuk bagi ceramah di UTHM tempoh hari

  1. nak tukar g adverlets..tapi nuffnang de sikit lg nak cashout..takut kalau tuka nanti burn nuff burn kan je……..ke cashout kan dulu nuff??

    **lari tajuk tak soalan ni??;P**

    1. Buang je iklan nuffnang dulu… Hujung bulan baru cash out.. burn.. if die burn, habis la nuffnang kne burn dengan budak2 blogger.

      Semua pakat boikot nnt

    1. Boleh je.. jika blog kita menarik perhatian mereka untuk mengiklan…

    1. Thank, blog bro biasa2 je..

      Xpayah nak pening2 kepala buat entry meletup2.. hari nie blog kite trafik mencacak, esok lusa belum lagi.. so ianya membuatkan blog kita tidak berkualiti..

      Yang penting pastikan apa yang kita kongsikan mampu meletupkan blog kita hari2 tanpa meletupkan kepala otak dari meletup he..23x

  2. hye bro ! datang lagiiiiii :)

    hurmmm..nak dapat unik tu yg payah.. rasa nak nangis je bila BE tak naik..

    mcm mana nak naikkan traffic.. buat blog-walking pun gi tu je jadinya..

    macam mana bro buat ?

    1. Bro xde buat blog walking.. promote kat facebook.. ping kat gengblogger or dekat mane2..

      Xpun cari la mane2 blogger yg sudi dtg melawat blog kamu n pastikan die hari2 sudi dtg… Lepas tue xpyh la risau pasal trafik

    1. sebab itu kita kena mantapkan blog kita.. baru ade orang berminat nak mengiklan

  3. jangan letak iklan sampai kacau pembacaan kita sudah kan?
    kalau macam tu apa pun tak jadik!
    alhamdulillah dah ada orang iklan kat blog saya sekarang ni..so bagi yang newbie tu ingat, brand tu blog korang macam Bro kita ni kemudian ikut korang la nak cari income sampingan macam mana? yang pasti entri dari hari ke hari mesti best :)

    1. Betul tue, ramai gak yang bubuh segala iklan di blog, tetapi satu pun xmenjana apa2 tetapi menyemakan blig merek sendiri.

      Branding perlu ada, baru ada nilai pada pengiklan..

      Isu branding bro ada ketengahkan dalam ceramah bro di UTHM tempoh hari

    1. gaya mutu dan keunggulan perlu ada dalam penulisan anda :)

      good luck ek

  4. Terima kasih sekali lagi bro sebab sudi berkongsi,kali ni kat blog bro pulak,aritu dah dengar kat talk bro kat UTHM,Sharing Is Caring

    1. nie yang bro nak bgtau nie…

      adakah anda berada dikalangan top 3..? mari kita lihat

      Jika ya, sediakan banner 125×125 ek

  5. tapi ada kalanya kita kena consider gak iklan yang nak diletak tu demi menjaga reputasi blog kita..kekadang ada gak iklan yang kita kena tolak, walaupun ada iklan yang amat lumayan..sebabnya? mungkin niche iklan tu tak patut diletakkan di blog kita tu..

    mungkin hanya sesuai untuk blogpost/review sahaja..ianya penting demi mengelakkan ramai menganggap blog kita ni, blog iklan..dan bukannya blogger sebenar..jika lebih 70% ruang blog kita dipenuhi iklan..kena fikir balik la tu..:D

    1. Jika blog berniche memang erlu berhati-hati dalam memilih iklan yang bersesuaian untuk dipasang pada blog.

      Jika tidak, niche blog akan larik.

      Jika 70% ruang blog penuh dengan iklan. Itu namanya papan iklan.

      Jika blog tersebut sekadar tempat untuk berkongsi berita atau info copy paste, maybe sesuai sesangat kot

    1. Kalau cam2 start bulan depan kena selalu komen di blog bro la ek huhu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *