April 26, 2024

Jika Sayang Isteri, Jangan Tinggalkan Dalam Kereta

Peringatan buat mereka yang sudah beristeri [berkeluarga pun boleh]

Siapa tak sayang isteri wei.

Ini ada kisah bro nak kongsikan dengan korang semua.

Bukan gosip, tapi cerita sebenar. Hope korang boleh take note pasal benda ini.

Seorang wanita berusia awal 20-an melalui detik hitam lebih lima jam selepas dilarikan bersama kereta milik suaminya oleh sekumpulan tiga lelaki di USJ, di sini, kelmarin.

Lebih malang, wanita terbabit bukan saja dipukul malah difahamkan dirogol bergilir-gilir sebelum ditinggalkan di hadapan sebuah sekolah di Bukit Jalil, di sini.

Kejadian bermula kira-kira jam 12 tengah malam, apabila suami mangsa berusia awal 30-an berhenti di sebuah kedai serbaneka 24 jam di kawasan berkenaan untuk membeli barang sebelum meninggalkan isterinya dan kereta Mitsubishi Triton dalam keadaan enjin dihidupkan.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar ketika dihubungi berkata, seorang lelaki tiba-tiba meluru ke arah kenderaan itu sebelum masuk dan melarikan kereta berkenaan manakala dua lagi suspek mengekori menggunakan kenderaan lain.

Bicara Bro : Siapa tak sayang isteri, isteri orang pun orang rogol sekarang nie.

Teringat kes baru-baru ini, kanak-kanak mati ditinggalkan dalam kereta.

Iklan : Win a car just by drinking tea?

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

38 thoughts on “Jika Sayang Isteri, Jangan Tinggalkan Dalam Kereta

    1. Yup.. jangan kata perempuan, lelaki pu. Boleh dirogol juga.. lelaki bukan kira perempuan ke lelaki..

      Tue baru rogol, belum bunuh pula

    1. Harap macam tue la kan.. risau dh nie.. cam mane la dengan anak, cucu kita nanti

    1. harap macam tue la.. tp dunia sekarang nie, banyak benda yang bukan2 terjadi

    1. Tau pun bahaya :)

      Mu try la tinggal dalam kereta lepas nie.. tgk ade x yang berkenan dengan kamu

    2. orang yang bernafsu tengok kamu la he..23x

      if xde nafsu, macam mane die ade mood nk merogol kamu

    1. kenderaan yang dimatikan enjinnya pun tidak selamat, apatah lagi yang enjinnya masih hidup

  1. Sekali-sekala sikap paranoid tu perlu ada. Aku kalau kena menunggu dalam kereta, aku akan kunci semua pintu, memang dah biasa sampai jadi habit.

    Kena pula bila seat driver kosong, enjin tengah hidup, kalau tak kunci senang je penyangak bukak pintu terus rompak kereta tu. Beringat sebelum kena. Sebab yang sama jugak aku tidur dengan senjata. He he he… :D

    1. sama la kita.. kenkadang teman ada gak stop tepi jalan, lelap seketika huuhu

      senjata apakah itu ek

    1. entah2 time tue isteri dia tengah merajuk ke ape ke… siapa tahu kan..

      lagi satu perempuan nie jenis x alert..

  2. manusia sekarang ni dah takda perikemanusiaan..suma nk disapunya..dah takda keja lain agaknya nak buat jenayah..

    peringatan jugak, sepatutnya kalau nak tinggalkan org dlm kereta dengan enjin hidup, pastikan kereta berkunci. zaman sekarang ni dah tak selamat utk berada di mana2. hmmm, apa akan jadi dengan dunia ni 5 thn lagi..skarang pun dah mcm2 hal, esok2 agaknya dah tak jumpa org baik2 kot.

Leave a Reply to nelly Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *