Peringatan buat mereka yang sudah beristeri [berkeluarga pun boleh]

Siapa tak sayang isteri wei.

Ini ada kisah bro nak kongsikan dengan korang semua.

Bukan gosip, tapi cerita sebenar. Hope korang boleh take note pasal benda ini.

Seorang wanita berusia awal 20-an melalui detik hitam lebih lima jam selepas dilarikan bersama kereta milik suaminya oleh sekumpulan tiga lelaki di USJ, di sini, kelmarin.

Lebih malang, wanita terbabit bukan saja dipukul malah difahamkan dirogol bergilir-gilir sebelum ditinggalkan di hadapan sebuah sekolah di Bukit Jalil, di sini.

Kejadian bermula kira-kira jam 12 tengah malam, apabila suami mangsa berusia awal 30-an berhenti di sebuah kedai serbaneka 24 jam di kawasan berkenaan untuk membeli barang sebelum meninggalkan isterinya dan kereta Mitsubishi Triton dalam keadaan enjin dihidupkan.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar ketika dihubungi berkata, seorang lelaki tiba-tiba meluru ke arah kenderaan itu sebelum masuk dan melarikan kereta berkenaan manakala dua lagi suspek mengekori menggunakan kenderaan lain.

Bicara Bro : Siapa tak sayang isteri, isteri orang pun orang rogol sekarang nie.

Teringat kes baru-baru ini, kanak-kanak mati ditinggalkan dalam kereta.

Iklan : Win a car just by drinking tea?