You are here
Home > Uncategorized > Imbasan Maharaja Lawak Minggu Ke-8

17,443,751 total views, 2,962 views today

Imbasan Maharaja Lawak Minggu Ke-8

Peserta-peserta Maharaja Lawak belum cukup kuat untuk bergelar Maharaja apabila setiap peserta seperti ketandusan idea bagi mempersembahkan sesuatu pada minggu yang lalu.

Jika sebelum ini mereka perlu beraksi mengikut tema yang ditetapkan oleh juri namun apabila diberi kebebasan memilih pengisian persembahan buat diri sendiri membuatkan mereka hilang kebijaksanaan bagi menyampaikan sesuatu yang segar dan baru.

Maharaja Lawak Minggu Ke-8 – Nabil

Nabil yang tampil bersahaja dengan menjadikan perkataan-perkataan popular masa kini seperti OMG dan Whatever lengkap dengan slanga Inggeris berbunyi Melayu sebagai pusat jenakanya.

Penonton masih mampu untuk ketawa dengan usaha Nabil dan ia turut dipuji oleh Mamat Khalid yang meletakkan persembahan Nabil sebagai satu persembahan yang mempunyai kelas tersendiri.

Maharaja Lawak Minggu Ke-8 – Jambu

Pendahulu undian, Jambu mengambil tempat di pentas. Kolaborasi Yus dan Taukeh sememangnya tidak pernah menghampakan penonton dan peminat-peminat mereka.

Sketsa robot mereka mencuit hati ramai orang dan turut diakui oleh Ahmad Idham yang menyanjungi konsistensi Jambu serta berharap gandingan ideal itu terus mengekalkan momentum sebegitu sehingga peringkat akhir.

Maharaja Lawak Minggu Ke-8 – R2

Kumpulan R2 yang pernah tersingkir daripada pertandingan itu pada minggu ketiga kembali menghangatkan pentas Maharaja Lawak apabila menerima undian masuk tertinggi daripada orang ramai menerusi laman sesawang Facebook.

Maharaja Lawak Minggu Ke-8 – Jozan

Pasangan popular, Jozan berterusan membuatkan penonton pecah perut dengan lakonan sebagai doktor dan pesakit.

Maharaja Lawak Minggu Ke-8 – Man

Man kelihatan tidak bersemangat ketika melakukan persembahannya seperti mengetahui itu akan menjadi persembahan terakhirnya di pentas Maharaja Lawak.

Keputusan yang diumumkan di akhir rancangan seperti sudah dijangka apabila Man secara rasmi menamatkan perjuangannya dalam pertandingan itu apabila sekadar mencatatkan 29 markah.

Maharaja Lawak Minggu Ke-8 – Sepah

Satu-satunya peserta yang berjaya mencuri tumpuan sepenuhnya orang ramai malam itu ialah kumpulan Sepah. Kerjasama Mamat, Shuib dan Jep sememangnya menjadi dan kebolehan mereka membuatkan penonton ketawa hingga berair mata tidak boleh disangkal lagi.

Maharaja Lawak Minggu Ke-8 – Balas

Pentas malam itu diakhiri dengan persembahan kumpulan Balas yang dianggotai Fendi dan Shuk. Persembahan ‘budak sekolah’ mereka dikategorikan sebagai lawak biasa oleh Mamat Khalid namun tidak menolak usaha berani mereka yang menitipkan mesej buat orang dewasa dalam jenaka mereka.

Bicara Bro : Malam ini merupakan minggu ke-9 Maharaja Lawak. Siapa pula yang akan tersingkir minggu ini.

Adakah ianya Nabil, Balas atau R2. Mungkin juga Jozan atau Jambu.

Undi jangan tak undi.

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

9 thoughts on “Imbasan Maharaja Lawak Minggu Ke-8

  1. saya sokong jozan, sepah ngan jambu je….nabil tu semakin meluat pulak saya tgk…agk kurang sopan dgn juri2….rase geram je tk dia kat ats pntas tu…huhuhu…

Leave a Reply

Top