Bro Sedar Bro Seorang Blogger Tegar

17,017,002 total views, 652 views today

Bro Sedar Bro Seorang Blogger Tegar

Bro tertarik dengan persoalan yang ditujukan oleh salah seorang rakan blogger bro iaitu Izamir Ridzwan di laman blognya.

Sepertimana yang kita tahu, blogging kini sudah menjadi satu fenomena di kalangan masyarakat di seluruh negara.

Sebagai seorang blogger, apa yang bro sedar sepanjang bro terlibat secara serius dalam dunia blogging ini.

So di sini ada beberapa perkara yang diutarakan oleh IR dan bro memberi jawapan seperti mana yang dikehendaki.

Pembahagian Masa Sebagai Seorang Blogger

Bro akui,

Bro banyak menghabiskan masa di depan komputer. Dari pagi sampai la malam. Ini rutin bro sebagai pekerja dan juga pengguna internet.

Bro akan bangun seawal 4-5 pagi untuk buat schedule entry bagi setiap blog yang bro miliki. Ini termasuk blog yang membayar bro sebagai penulis jemputan di blog mereka.

Seawal 7.30 bro dah bersiap untuk ke tempat kerja. Kadangkala bro mencuri masa untuk update blog sekiranya ada topik-topik atau isu menarik untuk dikongsikan bersama pembaca blog bro.

Pada sebelah malam,

Bro cuba untuk mengreply segala komen yang bro perolehi sepanjang hari termasuk mengarang entry untuk esoknya.

Bagaimana Kehidupan Sosial Bro?

Bro seorang yang optimist dalam bersosial.

Dimana bro bukan hanya berinteraksi dengan masyarakat maya bahkan masyarakat realiti itu sendiri. Sebab kita hidup bukan menghadap komputer semata-mata. Perlu ada juga tanggungjawab dengan masyarakat di sekeliling kita.

Bagi bro facebook, twitter etc hanya bertindak sebagai medium perhubungan yang terbaik dan memudahkan.

Bro sendiri perlu bersosial dalam memastikan kedudukan bro dalam masyarakat itu sendiri. Bukan kita sorang saja yang hidup di dunia ini. Ini tidak menganggu  bro meluangkan masa dengan kerjaya dan juga perkara-perkara berkepentingan.

Dan bro sendiri banyak berurusan dengan manusia dari orang biasa sehingga kepada orang berkepentingan dari segi perniagaan, politik dan juga kepemimpinan.

 

Klik di sini

Psikologi Bro Sebagai Seorang Blogger

Bro sedaya upaya mengurangkan pengaruh persekitaran dalam penulisan blog bro. Tetapi tidak bermakna bro menolok ianya  dari hadir dalam penulisan bro..

Bro telah berblog dari tahun 2006 sehingga sekarang,

Banyak perubahan dalam penulisan bro sehingga mampu menyampaikan pengisian terbaik kepada pembaca.

Menulis bukan semata-mata menyusun ayat ataupun menyedapkan kata. Tetapi dengan penyampaian sesuatu yang ikhlas dari hati untuk disemat dalam hati pembacanya.

Dan Bro juga mempunyai sarjana muda dalam bidang perniagaan dan juga sumber manusia. Ini banyak membantu bro dalam berurusan dengan pelbagai jenis manusia dan menolong bro supaya bertindak secara profesional bila berhadapan dengan mereka.

Pendapatan Dari Blog

Bro akui, bro menghabiskan beribu setahun untuk menguruskan dan membangunkan kesemua blog yang bro miliki.

Bukan untuk mengejar kewangan atau propulariti.

Tetapi ini merupakan life bro sebagai fulltime blogger.

Pendapatan dari Blog bro gunakan sebagai tabung kecemasan bagi menampung keperluan semasa yang meningkat mendadak akhir-akhir ini.

Blog bro bukan sekadar blog biasa atau suka-suka. Ini adalah life bro dan bro berblog untuk kepuasan dan juga meletakkan diri sebagai blogger profesional.

Hope dengan apa yang bro kongsikan dapat memberi sedikit sebanyak mengenai dunia bro bersama dengan blog bro.

Bukan populariti yang bro kejar.

Tetapi kepuasan dalam menulis dan berkongsi pendapat dan pandangan untuk tatapan dan juga penjana minda secara psikologi melalui bacaan.

Bicara Bro : Bro hanya manusia biasa

Yang punya keinginan dan matlamat dalam hidup. Tidak salah mengejar impian tetapi pastikan tujuan hanya keranaNya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About Bro Framestone

Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

Page with Comments

  1. well said..n dlm byk2 entry ko, yg ni pnjg skit..sblm2 ni pendek2 je..(mcm xcaye je blog ni yg plg byk aku follow n x usha blog lain..haha..)

    1. Entry bergantung pada masa sebenarnye.. if rase nk kongsi pendek, maka pendek la bendanya..

      If nk kongsi banyak.. panjang jadinye..

      If nk dibukukan pun boleh..[sampai la nie buku xsiap2 lagi wei huhu]

      Thank sebab sudi follow

    1. Yup betul.. jangan terleka.. blog sekadar sampingan.. utamakan yang perlu n wajib dulu

    1. Eh, time management setiap orang berbeza.. kita boleh buat ikut keadaan n masa kita..

      Jangan terlalu push diri..

      Nanti risau stress pula sebab blog kan

    1. Tau xpe… Bro reply komen dari handphone je.. so mmg xdok depan komp.. lagi senang n cepat je boleh reply huhu

      Kalau tidak tunggu la 2-3 minggu sure x tereply..

    1. Xpayah la berlajar dengan bro.. kamu sendiri boleh buat time management sendiri..

      Yang penting, perlu ada displin

  2. Dalam apa jua yang kita lakukan..time management tu penting dan kita perlu sentiasa berusaha untuk memastikan kita berjaya dalam apa jua bidang yang kita ceburi.

    1. Yup betul tue.. ramai yang mengabaikannya..

      Dan ada juga yang terlalu manjakan diri sehingga menghalang diri untuk lebih maju kehadapan…

    1. Thank coz sudi datang ke blog bro..

      Soalan interview ini telah ditujukan kepada bro pada monggu lepas.. bro dah siap karang cuma belum mempunyai masa yang sesuai untuk dipublishkan

      Dalam masa yang sama ade beberapa entry tengah tgu masa yang sesuai untuk dipublishkan..

      Memang tegar gile.. dari 2006 berblog

    1. Utamakan mana yang perlu diutamakan…

      Kalau ikutkan time management bro tiada la elok sgt.. masih banyak kurangnya

    1. Sorry la hacker.. bro bukan otai n xlayak pun dengan gelaran tue..

      Sape yang kenal bro je tahu bro nie macam mne 🙂

      Yup mmg dh lama dlm dunia blogging.. byk perubahan n peristiwa yang bro alami dan perhatikan terjadi dlm dunia blogging.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *