Bro nak angkat DSLR dalam masa terdekat.

Boleh tak korang cadangkan model yang sesuai dengan bro termasuk lens sekali. Bro xberminat dengan standard lens.

Dalam pemerhatian :-

  1. Nikon D90
  2. Nikon D5001

Eh kenapa Nikon je?

Dah itu yang bro perhatikan, kamera lain bro belum perhatikan lagi. Tue yang harapkan korang untuk suggest kamera terbaik buat bro.

Bajet dalam lingkungan 3k ~ 4.5k termasuk lens.

Bicara Bro : Bro dah mula meminati bidang photography selepas beberapa hasil shoot bro menarik minat beberapa pihak.

Tetapi, duit xbanyak lagi la.

If korang nampak iklan Air Asia menari-nari / Fahrin Ahmad di blog bro. Sudi-sudikan la klik ek. Sedekah untuk kerjaya bro akan datang.