You are here
Home > Bila bro Framestone Berkata-kata > Amik Berat Mengenai Penempatan Cikgu Bagi Menjaga Kualiti Profesion Perguruan Kita

17,454,279 total views, 6,748 views today

Amik Berat Mengenai Penempatan Cikgu Bagi Menjaga Kualiti Profesion Perguruan Kita

Ramai yang mengatakan perkerjaan guru terjamin dan menyebabkan ramai siswazah bertukar bidang dan memohon untuk menjadi guru mahupun guru sandaran.

Perluang perkerjaan dan kehendak pasaran memaksa masyarakat memilih profesion perguruan sebagai satu kerjaya yang terjamin masa depannya.

Tetapi pernahkah kita memikirkan risiko dan kesannya dari sudut jangka masa panjang.

Dan kali ini,

Bro dijemput untuk membicaranya dari prospektif seorang siswazah pengurusan sumber manusia [human resource].

Bro terbaca di dada akhbar,

Seorang cikgu tergamak merogol anak muridnya akibat tidak dapat mengawal nafsu apabila berjauhan dengan isterinya.

Itu baru satu kes, belum kes lain.

Ada cikgu sanggup memohon cerai dengan suaminya apabila permohonan beliau untuk di pindahkan ke semenanjung tidak di luluskan sebanyak 2 kali.

Kalau ikutkan banyak kes yang mampu menjatuhkan martabat seorang guru dan profesion perguruan itu sendiri.

Apa-apa pun kerajaan perlu memantau perkara ini dengan lebih serius lagi. Jika tidak, jadikan profesion perguruan sebagai semi goverment. Supaya mereka tahu mereka tidak selama-lamanya kekal dalam profesion ini.

Bicara Bro : Kalau ikutkan bro teringin nak jadi guru, tetapi bro tau bro tidak layak dan sesuai untuk profesion ini. Insya’lah bro usahakan untuk menjadi pensyarah dalam masa 5 tahun ini.

Doakan yang terbaik buat bro.

Dan setiap kejayaan seseorang pasti mempunyai cerita di sebaliknya,

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

31 thoughts on “Amik Berat Mengenai Penempatan Cikgu Bagi Menjaga Kualiti Profesion Perguruan Kita

    1. yup betul tue…

      rasanya sistem penempatan kakitangan awam perlu diperbaiki…

      lagi senang jika di semi-govermentkan… dari fully goverment

  1. semua ni sebenarnya terletak kepada keihklasan hati seseorang individu itu…kalau memilih menjadi cikgu sebab paksaan…memang akan wujud isu isu negatif…anyway dalam apa-apa bidang yang kita ceburi..minat dan keihklasan tu penting…

    1. btoll..stuju…kalo tak ikhlas pun mmg tak jadi ape gak..bt kerana terpaksa..(tetiba teringat lagi kerna terpaksa by Francesca Peter..kekekeke)

    2. awat kena paksa jadi Francesca Peter ek…??

      ke ade yang bro termiss pandang nie

    3. ramai yang memilih bidang perguruan bukan sebab keikhlasan, cuma nak dapatkan jawatan dan perkerjaan yang terjamin…

      sebab tue ramai yang jadi cikgu tidak mampu menjalankan kewajipan mereka sebaik mungkin..

      tetapi mudah menyalahkan sistem pendidikan negara… sedangkan mereka berjaya dengan sistem yang sedia ada

    1. yup betul…

      dan mereka tidak bersedia untuk ditempatkan seperti mane yang dikehendaki oleh kementerian dan kekosongan yang ada..

      tue yang ade kahwin before habis berlajar… bagi mengelakkan mereka di letak jauh dari keluarga atau diletakan di luar kawasan

    2. teu la.. bila awal2 dah di set cam tue.. maka hasilnya pun begitu juga…

      permintaan untuk cikgu terlalu tinggi… ramai yang minta semata-mata nak ada perkerjaan yang terjamin..

      minat..?? tolak tepi

  2. err.. bro.. cik pulau pilih pendidikan memang asalnya sebab keje terjamin.. tapi bila dah dalam bidang ni.. terasa macam keje tu tak terjamin gak sebenarnya..
    dulu ingat jadi cikgu ni senang.. tapi sekarang dah sedar.. susah rupanya..

    memang isu penempatan tu jadi isu besar..
    err.. cik pulau tak tahu cik pulau dapat mana nanti bro..
    err.. risau teramat ni.. nak mintak mana pun xtau lagi..
    doakan tuk cik pulau yer bro..^^,

    1. tiada perkerjaan yang senang sebenarnye…

      sebab tue la kita diwajibkan menetapkan nawaitu… bil anawaitu tetap dan keranaNya.. maka dipermudahkan untuk kita mencapai apa yang kita kehendaki

      bro tau je cik pulau dapat mane.. mesti kat pulau simpadan he..23x

      bgai abu sayyaf culik cik pulau he..23x

    1. tetapi ramai cikguyang tidak menunjukan ciri2 terbaik di depan anak murid…

      tue pasal anak murid pun makin teruk

      sebab tue kuar peribahasa

      “cikgu kencing berdiri, murid kencing berlari”

  3. betul tu bro…kerajaan perlu memantau dan hasilkan guru yang berkualiti…
    kalau tidak,tak mustahil org akan memandang rendah terhadap perofesion ini

    1. mungkin SOP untuk pemantauan tidak memenuhi keperluan yang dikehendaki dalam menilai kualiti guru yang dihasilkan…

      mmg ramai yang memandang rendah terhadap profesion ini

  4. yup.. sokong bro.. sepatutnya di pantau dan dikaji semula supaya dapat hasilkan golongan pendidik yg berkualiti.. dulu sy pon minat dlm profesion ni.. tapi berubah hati sebab byk sgt kes negatif melibatkn guru skrr ni.. maybe lepas ni nak sambung master kot.. nak jadi pensyarah gak.. hehehe.. 😉

    1. ramai juga member bro yang pengajian mereka dalam bidang pendidikan.. tetapi selepas grad mereka tidak berminat dalam bidang pendidikan..

      bila di tanya,

      mereka sendiri tidak rasa dapat mengajar dengan ikhlas dan mampu mendidik anak2 bangsa…

      sebab tue ramai yang bertukar profesion dari menyebabkan anak bangsa mereka hancur dek kelalaian mereka

  5. kerjaya guru ni mulia….yang mencemarkan kemuliaannya adalah sikap segelintir guru yang belum cukup matang+ikhlas dalam mengajar… kita kene ingat… sebagai seorang guru, tugas kita bukan saja utk mengajar, tetapi utk mendidik, mengajar dan mendidik adalah definisi yg berbeza…

    cer wat survey kt guru2 kita….tgk brpa byk yg jiwanya ada jiwa seorang guru…. 🙂

    1. susah nak buat survey… tapi kalau dibuat melalui pemantauan mungkin boleh…

      biasa la.. cikgu kenkadang xramai yang suka berkata benar, lagi2 melibatkan profesion mereka…

      walaupun tetap tetapi ianya mempengaruhi potensi mereka mendapat jawatan yang lebih baik dan penempatan yang lebih sesuai

  6. hurm… nak mendidik mmg satu tugas yang bukan mudah untuk digalas semua cikgu2…
    semua dipandang dari hujung tudung sampai la ke hujung kasut…
    akhlak etika…kan..

    1. yup betul…

      ramai cikgu yang kurang beretika dan menjatuhkan martabat sendiri sebagai cikgu…

      bagaimana mak bapak nak respek cikgu kan

  7. Bro, saya 12 tahun dah jadi cikgu. jadi cikgu ni kena ikhlas sebab what u give is what u will get back…Depan mata…sumpah! Saya memang tak minat jadi cikgu tp sebab ayah saya beli borang, isi dan tiru sain saya, Saye REDHA, bro…

    Saya pernah jumpa seorang guru KPLI, fresh ijazah dan hanya setahun belajar kat maktab, mengajar sambil duduk. Berkualiti kah??? Duduk dan mengajar murid2 seramai 40 orang selama 1 jam…

    Yg paling best, seseorang yg berijazah menyebut, Murid2…This is a elephant…sepatutnya an elephat…sangat luka berdarah hati saya dengar…

    p/s : saya pun ada degree tp ngajar seikhlas hati…

    Sorry bro, sedikit emo…

  8. Bro, saya 12 tahun dah jadi cikgu. jadi cikgu ni kena ikhlas sebab what u give is what u will get back…Depan mata…sumpah! Saya memang tak minat jadi cikgu tp sebab ayah saya beli borang, isi dan tiru sain saya, Saye REDHA, bro…

    Saya pernah jumpa seorang guru KPLI, fresh ijazah dan hanya setahun belajar kat maktab, mengajar sambil duduk. Berkualiti kah??? Duduk dan mengajar murid2 seramai 40 orang selama 1 jam…

    Yg paling best, seseorang yg berijazah menyebut, Murid2…This is a elephant…sepatutnya an elephant…sangat luka berdarah hati saya dengar…

    p/s : saya pun ada degree tp ngajar seikhlas hati…

    Sorry bro, sedikit emo…

    1. yup betul tue…

      sebenarnya pasaran kerje memang ada… sama ada graduan tersebut mampu memenuhi kehendak pasaran atau tidak sahaja

Leave a Reply

Top