You are here
Home > Bila bro Framestone Berkata-kata > Sempit..!! Dengan Exora 7 + 1 = Lapang

17,443,800 total views, 3,011 views today

Sempit..!! Dengan Exora 7 + 1 = Lapang

Last week bro berkesempatan memandu Proton Exora milik seorang Penolong Pendaftar di tempat bro berkerja dari Perak ke Cyberjaya untuk menghadiri meeting.

First time juga bagi bro drive jauh menggunakan kenderaan yang bro jarang pakai. Dekat-dekat boleh la.

Bila bro naik exora ini,

Teringat bro salah satu lawak pantai timur yang mampu buat bro tergelak. Tapi bro dah lupa dari mana sourcenya. Ini pun bro try-try recall balik.

Kejadian berlaku disebelah pantai timur [Terengganu], Family dalam 7 orang ingin berjalan-jalan makan angin dengan kereta mereka yang tidak seberapa besar.

Sumbat punya sumbat baru dorang sedar, kereta tersebut tak muat nak sumbat ketujuh-tujuh mereka.

Berbagai cadangan dan solution diutarakan, tetapi tidak mampu menyelesaikan permasalahan mereka.

Sehinggakan anak mereka yang kecik bersuara

Adik : Adik rasa kita kena tambah lagik 1 baru jadi lapang. Betul x.??

Mak Pak : Hari-hari makang ikang patut jadi macam ini.

Proton akan mengadakan Sesi Exora VIP Test Drive dan anda dijemput sama untuk menyertainya.

Apa yang perlu anda lakukan hanya daftar di www.allaboutexora.com

Bicara Bro : Bro tidak mampu mengawal Exora semasa menghampiri selekoh.. terasa seperti tayar sebelah cam nak terangkat he…23x Bahaya tue.

Tapi bro maybe akan memilikinya sekiranya bro dan isteri bro terlalu subur he..23x

Untuk maklumat lanjut anda boleh layari laman Proton Exora.

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

28 thoughts on “Sempit..!! Dengan Exora 7 + 1 = Lapang

  1. uisshhh… tak expert lagi tu. cer bawak selalu sure ok. bagi akk yg dah cukup utk satu meja makan nih (6 org), mmg sesuai sgt. so far, setahun pemanduan tanpa byk masalah.

    1. kalau kereta tue sendiri punya.. hari2 bawak pun ok…

      xexpert bila nak membelok je la…

    1. kalau dah buas2… ikat kat pokok yang ade kerengga je la.. xde makne nk bawak naik huhuu xpasal2 darah aku pun naik sama he..23x

  2. Dah test drive kereta/MPV ni. Tak boleh laju sangat. 100km/hour kira okaylah. Tak boleh nak samakan dengan my Velfire 2.4 Z. At least boleh bawa ramai ahli keluarga dan kereta mampu milik, thumbs up utk Proton.

    1. amboi ko.. nk samakan dengan Velfire ko ek…

      buat masa skrg ianya masih bukan sesuai untuk aku

  3. Maaf, bukan kereta tu tak laju, tapi dengan sifat body contuor dan earodynamic serta load system, mengikut pendapat saya yang 20 sen ini, Exora tidak sesuai untuk dipandu laju i.e. lebih dari 100km sejam. Melayang rasanya, dan kemungkinan daya membrek jika berlaku kecemasan adalah kurang dari 100%. Contact kereta kepada jalan adalah kecil.

    Sekian.

    1. try je la daftar…

      bro masih lagi ragu2 nak daftar ke tidak sebab bro bukan pandai memandu he..23x

    1. kalau ikutkan kemampuan, memang masih tidak mampu…

      tapi kalau ikut keinginan.. nak angkat bmw.. bro tengok saiz die pun dah cam exora nie.. tp lupa model ape

    1. sama la huhuhu….

      hope nanti keluarga bro xbesar sgt.. tp kalau rezeki murah n subur… xsalah kan

  4. Teringin juga nak test drive Exora nie. W/pun anak sorang jer, tp bila travel kan lebih seronok kalau bawa ibu bapa kita sekali. Mungkin tak Exora nie sesuai dgn warga emas yg duduk kat belakang sbb warga emas biasa ada masalah sakit lutut dan kaki kalau ruang sempit.

    1. alamak.. bro pun xtengok ruangan belakang cam mne… mybe xluas sangat kot..

      yup memang xluas sangat… bro pernah naik duk belakang.. if xsalah.. kaki dah sakit.. [adakah bro sudah tua..??]

    1. Oh mesti la xpergi.. bz dengan event.. tue pasal blog pun tidak terupdate…

      apa yang makin menjadi2 nie

    1. punya panjang bro buat entry.. tang part tue je mu nk komen ek…

      yup, thank doakan bro subur ek… kalau terlebih subur, kena buka cwangan gak nie

Leave a Reply

Top