You are here
Home > Formula 1 > Sebastian Vettel Menguasai F1 Petronas Grand Prix Malaysia 2011

17,410,311 total views, 1,840 views today

Sebastian Vettel Menguasai F1 Petronas Grand Prix Malaysia 2011

Pemandu pilihan bro iaitu Sebastian Vettel berjaya mempertahankan kedudukannya musim ini apabila memenangi F1 Petronas Grand Prix Malaysia 2011.

Walaupun dengan keadaan hujan + kilat + xsiar kat tv + java script crash kat website dorang yang menyebabkan bro termiss info perlumbaan. Bro tetap berdoa dia menang.

Bukan nak doakan umat islam or team yang berkaitan dengan Malaysia, demn sungguh..!!

Perlumbaan f1 kali ini telah membawa 3 pasukan yang mempunyai nama dan status Malaysia dalam kanca permotoran antarabangsa, iaitu :-

Mercedes GP Petronas

Pasukan yang pernah memenangi juara dunia tahun 2009.

Berkerjasama dengan Petronas Malaysia bermula tahun lepas untuk kontrak perjanjian usaha sama 2 tahun.

Team Lotus

Pasukan kontroversi yang di pimpin oleh Datuk Tony Fernandes yang merupakan pasukan F1 pertama dari Malaysia.

Dari pasukan ini, banyak produk dan syarikat Malaysia diperkenalkan dipasaran antarabangsa.

Lotus Renault

Pasukan yang ditaja oleh Proton Malaysia yang mempunyai pegangan atas nama Lotus menjalinkan kerjasama dengan Renault dalam menaikan nama Proton dan berkongsi kepakaran jutera dalam membangunkan industri pemotoran Proton.

Dari sini, dapat la Team Lotus menggunakan engine Renault untuk pasukan. Dan Fairuz Fauzi menjadi pemandu ke-3 buat pasukan Lotus Renault.

Dan untuk perlumbaan kali ini, Lotus Renault berjaya mempertahankan kedudukan podium yang dimemangi di Australia 2 minggu lepas.

Pasti ini menjadi kebanggaan CEO Proton dan mula memperlekehkan kewibawaan CEO Air Asia. Kenyataan yang bro nampak sendiri dari persengketaan antara 2 insan mengenai kuasa atas jenama Lotus

Untuk result penuh, anda boleh lihat di sini.

Bicara Bro : Dalam apa juga perjanjian atau usahasama pastikan kedua-dua belah pihak mendapat sesuatu daripadanya.

Dan dari F1 banyak yang bro perlajari mengenai dunia perniagaan koorporat. Hope bro mampu berdiri di tempat mereka satu hari nanti.

Teringin nak memiliki Kredit Kad MayBank – Maybankad.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

4 thoughts on “Sebastian Vettel Menguasai F1 Petronas Grand Prix Malaysia 2011

    1. Bukan nak jadi F1 racer.. cukup la race nak pergi koje dengan member2 bro..

      bila dapat potong leh angkat tangan sengih2 he..23x

      harapan & impian bro nk jadi orang business yang terlibat dalam dunia perniagaan antarabangsa

Leave a Reply

Top