Dah lama bro tidak menikmati cuti untuk menikmati life bro dalam keadaan tenang tanpa sebarang masalah dan beban yang patut bro pikul.

Kenkadang vacation diperlukan, bukan duduk dekat rumah je kan.

Hari ini,

Bro akan gerak dari Perak ke Johor untuk menghadiri Karnival Kerjaya di UTHM.

Di mana esok bro dijemput untuk memberi talk di sana.

Hope ini akan menjadi salah satu platform untuk bro pergi lebih jauh dlam bidang bro sendiri.

Minggu depan,

Kalau ikutkan, bro akan terbang ke Kemboja,

Menikmati percutian yang bro dah rancang sejak tahun lepas. Banyak agenda yang ingin bro buat di sana. Tetapi, apakan dayanya. Bro tidak boleh pergi atas sebab-sebab yang tidak dapat bro elakkan.

Bukan sebab sangkut kat PTPTN ek.

Ticket, penginapan + pemandu pelancong semua burn la. Tak kisah la (beratus dollar gak tue T-T)

Nie pun dah plan nak ke New Zealand hujung tahun ini.

Hujung minggu depan,

Ikut plan awal tahun,

Bro nak ke Sarawak, sekali pilihanraya pula.

Fuhhh….!!! selamat x book tiket dengan Air Asia hari tue.

2 minggu lagi,

Bro terlibat dengan seminar kebangsaan di PICC sebagai urusetia.

So confirm hari-hari lepas nie balik lambat untuk uruskan benda ini. Teringat lagi masa bro handle Seminar Antarabangsa 2009.

Bicara Bro : Tengah usha-usha di internet, ternampak satu aktiviti hujung minggu yang menarik. Macam berminat je :)

Bila la bro nak berehat ini.

Dengar cerita Mak Lagenda nak buat gathering blogger  di Seremban.