April 25, 2024

Keputusan Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-10

Keputusan pilihan raya negeri Sarawak yang ke-10

Barisan Nasional, BN, mencatatkan majoriti mudah setelah memenangi 36 daripada 71 kerusi dalam pilihan raya negeri Sarawak ke-10 setakat 9 malam ini.

Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud, yang juga Pengerusi BN negeri,

Telah mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri, DUN Balingian dengan majoriti 5,154 undi dalam pertandingan tiga penjuru setelah menewaskan calon Bebas yang juga dua pupu beliau, Datuk Salleh Jafaruddin yang memperoleh 1,056 undi manakala pencabar wanita daripada Parti Keadilan Rakyat, PKR, Suriati Abdullah pula sekadar meraih 871 undi.

Dua lagi pemimpin parti komponen BN, Datuk Seri Dr James Masing daripada Parti Rakyat Sarawak, PRS dan Datuk Seri William Mawan daripada Parti Demokratik Progresif Sarawak, SPDP, turut mencatatkan kemenangan di kubu kuat masing-masing iaitu di DUN Baleh dan DUN Pakan.

Datuk Seri Dr Masing mengalahkan calon PKR, Bendindang ak Manjah dalam pertandingan satu lawan satu setelah memperoleh 5,242 undi dengan majoriti 3,898 undi.

Di DUN Pakan, William Mawan meraih 3,938 undi untuk mengalahkan Jamal Abdullah @ Tedong ak Gunda daripada Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) dengan kelebihan 1,197 undi.

Bagaimanapun,

BN mendapat kejutan bagi kerusi DUN Piasau di Miri apabila Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak, SUPP, Tan Sri Dr George Chan, dikalahkan bagi kerusi DUN Piasau dalam pertandingan satu lawan satu oleh pendatang baru daripada DAP, Ling Sie Kiong.

Tan Sri Dr Chan memperoleh 4,408 undi manakala saingan beliau memperoleh 5,998 undi.

Di pihak pembangkang, PKR setakat ini memperoleh tiga kerusi iaitu Ba’Kelalan, Batu Lintang dan Krian, manakala DAP memenangi lima kerusi iaitu Bukit Assek, Pujut, Padungan, Kota Sentosa dan Piasau.

Calon Bebas menang satu kerusi iaitu DUN Pelagus.

Bicara Bro : Tan Sri Abdul Taib Mahmud mampu tidur lena malam ini bersama isteri Lubnan dia.

Tetap ada yang tidak tidur lena sama ada sebelum mahu selepas. Rolex oh rolex

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

5 thoughts on “Keputusan Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-10

    1. xleh cakap direct la… he..23x

      tapi kalau ko dah betulakn tue, ko dah tahu la ape yang bro sampaikan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *