CITA & CINTA

Merupakan drama bersiri remaja yang  mengisahkan kehidupan lima remaja yang berusia awal 20-an  yang tinggal di Kuala Lumpur.

Drama ini mengupas segala isu yang berkaitan remaja masakini seperti pergaulan, komunikasi, pembelajaran, fesyen, percintaan, kecelaruan gender dan lain-lain permasalahan yang dihadapi remaja di masa kini.

Lakonan mantap dari

  • Sharifah Amani
  • Beto Kusyairy
  • Nadia Aqilah
  • Kefli Idir
  • Izzue Islam
  • Chomel Fana
  • Sherie Merlis

Drama bersiri terbaru ini merupakan hasil karya Azma Aizal Yusoof sebagai pengarah dan dikuatkan oleh dengan barisan,

Penerbit: Fazli Hj Baharom & Shahrulezad Mohameddin
Penulis skrip: Eenaz Mokhtar
Pengarah videografi: Hassan & Pali Yasir

Drama ini akan bermula pada 21 April (hari ini) hanya di TV9.

Bro amat meminati lakonan Beto Kusyairy. Antara artis yang mudah bro dekati dan bersembang selain artis lain.

Bicara Bro : Bro teringin nak jadi pelakon, terutama ada yang tuduh bro pandai berlakon baik dan bermulut manis terhadap kaum perempuan.

Sedangkan kenyataan, bro terang-terang tunjuk diri bro macam mana. Bro di dalam blog dan diluar serupa saja. Tiada bezanya. Kecuali, korang tak pernah jumpa dengan bro or bersembang or baca blog bro.