Indah khabar dari rupa.

Begitu yang mampu bro nyatakan mengenai filem terbaru dari Prof Madya A. Razak Mohaideen iaitu Ratu The Movie yang baru ditayangkan 17 Mac 2011 yang lalu.

Jalan cerita yang terlalu simple dan mudah ditafsirkan.

Nama sahaja rancangan realiti dalam filem. Sedangkan diari AF mahupun mentor or Raja Lawak lagi menarik dan mampu membuat penonton rasa berbaloi-baloi bayar astro tiap2 bulan [walaupun 2-3x ulang].

Dimanakah silapnya?

Dari beberapa aspek yang bro perhatikan, terdapat beberapa kelemahan dalam movie ini [hope Prof Madya A. Razak Mohaideen tidak memandang remeh mengenai perkara ini]:-

  • Pelakon terlalu plastik, dan gagal membawa watak dengan baik.
  • Skrip yang gagal memaparkan realiti sebenar dunia rancangan realiti
  • Masalah dalaman yang dihadapi oleh peserta tidak mempengaruhi jalan cerita. If xde pun ok je
  • Seawal-awal rancangan dh boleh agak ending & planning penganjur [xsuspen la beb]
  • Kos habis berjuta-juta untuk filem syok sendiri sedangkan Prof Madya A. Razak Mohaideen mampu buat lebih baik dari ini.
  • Pelakon berpengalaman tidak digunakan sebaik mungkin dalam menghidupkan lagi jalan cerita.

Rasa itu sahaja yang mampu bro utarakan.

Kualiti masih berada dalam tempurung kemalaysiaan.

Bicara Bro : rasanya budak-budak AF lagi pandai berlakon kecuali si keras kaku “Faizal AF”

Budak Raja lawak pun pandai berlakon even masa rancangan pertama. Kecuali si Amer yang buat lawak, xde orang nak gelak