Nuffnang pilih kasih…!!!

Buat penat saja pakai button I Love Nuffnang ke hulu ke hilir mempromosikan Nuffnang. Iklan pun tidak menari-nari di blog.

Ikut hati nak je pakai syarikat pengiklanan lain.

Peringatan : Ini bukan kisah bro.. Yup bukan kisah bro. Hope Nuffnang tidak menganak tirikan bro.

Cuma luahan seseorang yang bro edit dan tidak menyalahgunakan untuk kepentingan peribadi

Sebelum ini,

Walaupun pendapatan dari mu sekadar suam-suam kuku, tetapi tetap ku mampu banyak bil ternet, cover-cover duit lepak dengan mamak 5-6 jam semata-mata nak pinjam ternet percuma.

Cuma sejak kebelakangan ini,

Blog ku berseri-seri dengan iklan statik [iklan CPA], tetapi tiada income langsung darimu.

Kenapa jadi begini?

Apa kekurangan blog ku,

  • Survey update
  • Kedudukan iklan tersusun dan berada di tempat strategik
  • Tak curang langsung dengan Nuffnang
  • Trafik stabil siap tinggi lagi

Susah ke nak hulur BE seketul dua.

Tak payah la kedekut. Tengok blogger sana sini yang blog cam apa tetap dapat BE 4 5 ketul. Ini betul-betul rancangan pilih kasih.

Tolonglah jaga hati blogger-blogger yang dah bertahun setia dengan mu.

Sedangkan kami layak untuk menggunakan perkhidmatan pengiklanan lain. Lagi masyuk dari Nuffnang.

Bicara Bro : Peh emosionalkan. [Ops ini bukan bro yang cakap ek]

Bro buat masa sekarang tidak fokus sangat pada Nuffnang. Pakai Churpchurp pun masyuk juga. Moh la join Churpchurp [free saja, cuma anda kena rajin promote je, satu klik 20sen]