You are here
Home > Review Bersama Bro Framestone > Berkalung Noda | Cerekarama TV3

17,419,318 total views, 1,139 views today

Berkalung Noda | Cerekarama TV3


Berkalung Noda,

mengisahkan tentang seorang wanita bernama Karina, isteri kepada Azrai dan mempunyai dua orang anak, masing-masing berumur 8 dan 7 tahun.

Rumah teres dua tingkat bertukar menjadi tempat bersekedudukan Karina dan kekasihnya, Jay sepanjang ketiadaan suaminya, Azrai yang bekerja sebagai jurutera eksplorasi petroleum & gas sering bertugas di luar Negara.

Bagi mengaburi mata orang ramai, hiasan dinding rumah itu dihiasi beberapa bingkai gambar romantik, Jay dan Karina, seolah-olah mereka seperti sepasang suami isteri lain yang tinggal di kawasan perumahan itu.

Karina dan Jay juga nampaknya asyik bermesra dan bergembira dalam rumah yang menjadi saksi percintaan terlarang mereka itu.

Ray hanya mahu memperdayakan Karina. Hubungan Ray dan Karina berlanjutan sehingga mereka ditangkap oleh Jabatan Agama Islam di apartment milik Karina.

Suami Karina, Azrai melaporkan kepada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais). Karina nampak panik, tidak mengaku perbuatan sumbangnya itu.

Jay menyangkal dakwaan yang mereka bersekedudukan dan mengaku mereka adalah suami isteri yang sah.Namun, kemunculan Azrai yang menjadi saksi perbuatan sumbangnya itu berjaya membuktikan segalanya.

Karina hanya menitiskan air mata melihat Azrai membuat pengakuan kecurangannya itu kepada pegawai Jais serta bertindak menceraikan isterinya pada waktu itu juga.

Bicara Bro : Jalan cerita yang terbaik dari pengarah kita, M Hitler Zami berjaya mengupas isu yang acap kali terjadi di kala ini.

Makin risau bila sendiri mula sibuk dengan kerjaya. Bro sendiri mengakuinya.

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

23 thoughts on “Berkalung Noda | Cerekarama TV3

    1. dia mintak kita fikirkan kot.. lagipun cite nie nak ceritakan apa yang terjadi pada die akhirnya…

      kalau bukak cite pasal ex-hubby n anak2.. nnti anti klimak pulak

    1. memang best…

      bagi sesiapa yang nak amik iktibar la kan… isu permasalahan rumah tangga & kecurangan masa kini dibawa ke tengah

  1. Tengok jugak, banyak pengajaran. Suami walaupun baik,terlalu sibuk hingga mengabaikan perasaan isteri. Isteri pulak kurang yang iman dan tak menghargai serta bersyukur dengan apa yang suami beri.

    Jay pulak, mungkin jadi lelaki pisau cukur untuk memenuhi keperluan isterinya yg digambarkan sebagai suka kepada kemewahan. Cerita masyarakat yang caca merba serta tak berpegang pada agama sebagai landasan hidup.

  2. So bro lepas ni jgn bizi sgt okey, hehe, tp btul lah crta ni, byk sgt jadi dah skrg, susahlah bila org dh tak boleh beza mana satu dosa / pahala, waallahuallam.

    1. bro memang dari dulu agak bizi memanjang.. xboleh nk cakap ape2 dah….

      bila kepentingan dan kehendak sendiri perlu didahulukan dulu.. cam nie la yng terjadi

  3. Assalamualaikum bro.

    Feez baru je dpt tgk drama ni. Baru download. wuhuu.

    btw lakonan fasha kali ni terkesan sgt dlm hati. Dia mmg layak bwk watak tu.. kekekeke..

    tapi sangat byk pengajaran dlm citer ni. Bile dh takde, baru laa cari2..

  4. Salam..sy ade tgk citer nie..Mmg at the 1st place sy nak ucapkan tahiah kat pengarah sbb cerita nie banyak p’ajaran n iktibar yg boleh d ambil.

    Just sy kureng b’puas hati skit sbb ending citer nie si isteri d balas sebegitu rupa..sedangkan b4 tu, si suami ader b’monolog bila tgk anak2 tidur, die kata lebih kurang ‘papa bersalah sbb selama ini asyik bz m’cari duit smpai anak isteri terabai..papa b’janji akan bwk mama balik’..si suami mengaku salah die,

    tp bila part kantoi tu,trus die ceraikan isteri talak 3..seolah2 pengarah cerita nie tak langsung nak bg peluang kedua buat si isteri..knp camtu??kesianla si isteri..klu suami tu baik sangat,die bimbing isteri dia,dia xabaikan isteri dia,bg didikan agama..ni dia mengaku dia silap,tp knp dia balas isteri dia mcm tu skali??macam pengarah nak salahkan perempuan lak..sedangkan suami patut membimbing isteri..

    Saya xpuas hati sikitlah..walau pun cerita,tp bagi saya nampak sgt mentaliti org Melayu..klu lelaki buat salah,xberapa kisah..klu pompuan..dihukum habis-habisan..sampai mati dlm keadaan gila dan melarat..kesian si isteri..mana suami yg patut membimbing dia???skali buat silap sampai mati dihukum??

    moga next time ada pengarah yg dapat membela nasib kaum wanita..saya tau ini hanya cerita, tapi alangkah bagus kita beri pengajaran kepada masyarakat supaya memberi peluang kedua kpd sesiapa yg membuat kesalahn n jangan terus menghukum..wallahu a’lam…

Leave a Reply

Top