Baru selesai menonton Ampunkan Daku di slot Cerekarama TV3.

Tahniah buat oleh Azman Hj Yahya @ Jinggo dengan jalan cerita yang penuh mengisikan dan juga mampu membuka mata sesetengah pihak.

Lakonan mantap Shiela Rusly dibantu oleh Fauziah Nawi & Zamarul Hisham.

Jalan cerita yang mantap dalam mengetengahkan isu semasa yang seringkali kita dengar.

Antara perkara yang disentuh adalah:-

  1. Mengandung anak luar nikah oleh remaja sekarang
  2. Pandangan masyarakat pada golongan ini
  3. Punca yang menyebabkan mereka jadi begini
  4. Permasalahan dalam keluarga yang mungkin kita tidak tahu yang terjadi kepada mereka
  5. Perjalanan kehidupan mereka di KEWAJA

KEWAJA – Pusat Kebahagiaan Wanita dan Remaja telah banyak membimbing dan memberi motivasi kepada mereka yang terlibat dalam permasalah ini supaya tidak mengambil tindakan yang melampau dengan apa yang telah terjadi kepada mereka.

Dalam masa yang sama, didikan dan dorongan dari beberapa pihak sedikit sebanyak membawa perubahan dan memberi sinar dalam kehidupan mereka.

Bicara Bro : Cerekarama ini, rasanya bertujuan untuk memberi peringatan buat mereka yang bakal buat anak yang tidak sah nikah 14 Februari ini.

Moga segala yang dilakukan oleh KEWAJA dipermudahkan dan tidak dipandang hina oleh sesetengah masyarakat.