Selamat pagi semua,

Ada beberapa istilah yang dimaksudkan dengan panjang tangan.

Iaitu:-

  1. mencuri
  2. tangan memang panjang

Tazkirah pagi ini, bro ingin menekan isu mencuri yang boleh dikatakan hampir setiap hari berlaku di mana-mana.

Nak salahkan pencuri, pun tidak boleh sebenarnya

Ini kerana

Itu merupakan kerja hakiki mereka & ada juga yang menjadikannya perkerjaan part time

Kerana mereka diutuskan oleh Allah swt

Kenapa bro mengatakan ianya begitu?

Ini kerana Allah swt tengah mengutuskan mereka kepada anda untuk menguji :-
– Tahap keimanan anda
– Tahap kesabaranan anda
– Tahap anda menerima Qada’ & QadarNya
– Memberi peringatan kepada mereka yang alpa dengan keduniaan
– Menyatakan tiada yang akan kekal selamanya kecuali Dia

Bicara Bro : Rakan bro iaitu The Garang, baru sahaja kehilangan Notebook + DSLR termasuk beg kamera +speedlite + External Harddisk.

Dan malangnya di dalam DSLR tersebut ada gambar job perkahwinan yang dia baru amik.

Moga dia tabah menghadapinya :)