Salam Jumaat buat semua,

Adakah ini, jumaat terakhir bagiku, bagi anda, bagi dia, bagi mereka. Tiada sesiapa yang tahu jawapannya.

Yang pasti kematian semakin menghampiri kita walaupun ianya bukan matlamat perjalanan hidup kita.

Mati tidak bermakna semuanya akan berakhir. Masih ada dunia di sana yang menanti kehadiran kita setelah dibangkitkan, sama ada ganjaran ataupun seksaan yang akan menemani kita di sana nanti.

Bicara Bro : Hati sayu menyatakan bahawa kematian makin menghampiri. Bersediakah bro..??

Dah lama tidak dijemput untuk bagi tazkirah dan renungan. Ingin saja hati ini berkongsi nasihat dan membuka minda saudara seagamaku. – amin-