You are here
Home > Sahabat Blogger > Riuh Pantun Pagi Di Sahabat Blogger

17,440,776 total views, 4,631 views today

Riuh Pantun Pagi Di Sahabat Blogger

Celik mata dah lepak kat group facebook Sahabat Blogger.

Boleh pula mereka bantai berpantun, mengingati bro pada kenangan lama semasa berblog tahun 2007, di mana kami sentiasa mengomen dalam bentuk pantun.

Dan mereka masih lagi membawa virus itu kembali ke area blogger,

Terima kasih buat Ben, Cik Lawa & Mat Gebu…. geng2 lain xtau mana perginya.

Di sini bro kongsikan serba sedikit pantun yang menceriakan group ini pagi tadi.

GUNUNG DAIK BERCABANG TIGA ..
MAT GEBU NAIK GUNA HELIKOPTER ..
SELAMAT PAGI PADA ANDA JUGA ..
GOSOK GIGI SUDAHKAH KITER ??

Ben Asshaari

LUAS SUNGGUH LADANG TEBU,
TUAI YANG LAMA TANAM YG BARU
SALAM CERIA DI PAGI RABU
DARI MAT GEBU BLOG TIFFINBIRU….assalammualaikum pada semua –>

Mat Gebu

dua tiga kucing berlari..
mana nak sama si kucing belang..
dua tiga boleh kucari..
mana nak sama dengan cik aisumi sorang.. 😛 good morningg!~

Aisumi Chan

ADA PADI ADA BERAS,
BERTANAK NASI PERIUK TEMBAGA,
PAGI2 MAKAN KETUPAT PALAS,
LAGI BEST KALAU MAT GEBU YG BELANJA….

*psstt…orang berpantun…aku pun nak jugak…..*
Zamir Zanon

Kajang Pak Malau kajang berlipat,
Kajang hamba mengkuang layu,
Dagang Pak Malau dagang bertempat,
Dagang hamba Tumpang lalu

Izamir Ridzwan

PANCING IKAN SAMBIL BERDIRI,
DAPAT HABUAN SI IKAN DURI,
IZIN PAKCIK MAT MENGUNDUR DIRI,
NAK TRANSFORM BALIK PADA YANG ORI….hahaha…pengsannn!! >_<

Mat Gebu

Bicara Bro Framestone :

2-3 kucing berlari,
mana nak sama Ben, Cikgu Lawa & Mat Gebu
2-3 boleh ku cari
Gathering nanti jangan lupa serbu

If korang nak join gathering Group Facebook Sahabat Blogger, sila daftarkan diri di web rasmi group sahabat blogger.

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

17 thoughts on “Riuh Pantun Pagi Di Sahabat Blogger

  1. saya nak datang gathering tu..tp segan la…xde sape2 lg yg kenal kat sane….nnt senyap je kat sana…haha…
    tp mmg nak dtg jugak…nak kenal2 dgn blogger lain…

    1. datang je la.. nak segan ape2.. mana tahu kot2 ade awek nk berkenalan ke ape kan 🙂

      xde maknenye senyap.. nnt tahu la cammne bro nk buat korang buka mulut

    1. wel kome….

      tanpa korang, sape lagi nk memeriahkan suasana pagi di group facebook sahabat blogger kan

Leave a Reply

Top