Segmen luahan hati seorang blogger sudah masuk part ke-6.

Dah lebih sebulan segmen ini tidak dihidupkan. [Bro agak bz selepas berkerjaya semula]

Kali ini bro nak berkongsi luahan hati bukan seorang, tetapi 2 orang blogger yang mewakili Newbies & juga Old Timer (aka Otai) Blogger.

Luahan Newbies

Buat niat nak mengutuk otai-otai blogger,

Kita hari-hari datang blog dia, sedikit pun tidak pernah nak jejak semula blog kami. Bukan niat nak kutuk dorang perangai cam bagus.

Tetapi singgah & berikan la support moral. Macam tue baru la kenal antara blogger

Luahan Old Timer

Kadangkala masa tidak mengizinkan diri untuk menziarah blog-blog lain.

Komitment kami bukan 100% pada blog, kerja, family dan hal-hal berkaitan dengan kami.

Kami berblog sebab hobi, niat asal create blog untuk berkongsi pengalamn dan informasi buat semua

Luahan Newbies

Korang tak update blog pun ramai yang datang baca.

Tak payah nak blogwalking pun tetap ada traffik datang ke blog. Satu post mahu beratus-ratus komen yang diterima

Luahan Old Timer

Bukan trafik yang kami kejar, sekadar berkongsi pengalaman & informasi. Jika ianya menarik, pasti ada yang akan komen.

Berblog la dari hati, tetapkan niat. Jika tidak, anda akan terpesong

Luahan Newbies

Penipu la pendapatan berjuta-juta dari blog.

Iklan Nuffnang, Innity bagai suma dah letak, trafik pun dah riban2 dah nie. Awat ciput je yang kami dapat.

Luahan Old Timer

Mu berblog sebab nak duit ke ape ek..??

Niat dah lari jauh. Terpengaruh dengan “Panduan Buat Duit Dengan Blog” ke?

Pendapatan kami bukan dari iklan, tetapi dari syarikat-syarikat yang sudi membayar kami untuk mempromosikan mereka.

Jika nak mereka datang mencari anda, pastikan blog anda mantap. Baru mereka berminat.

Luahan Newbies

Tak perlu la berbangga dengan follower dan komen yang banyak tue.

Blogger femes boleh la, kami nie sapa la kan. Tiada siapa nak pandang.Blog pun setahun jagung pun tak sampai

Luahan Old Timer

Dah 5 tahun berblog, bermula dengan merangkak baru sampai ke pencapaian sekarang.

Kami tak paksa orang follow kami dengan iklan “I follow, jangan lupa follow balik” or tayang-tayang jumlah komen, itu hak pengomen nak meninggalkan pendapat atau melontarkan sesuatu di kotak komen.

Relax, orang yang berjaya bermula dari bawah, kami boleh, anda pun boleh

Bicara Bro : Dah 5 tahun bro berblog.

Ada yang selesa dengan bro dan ada yang jenis tikam belakang.

kita as blogger, perlulah berhemah & berfikiran profesional. Berblog biar niatnya betul. Tak kisah orang nak cakap blog kita sampah ke ape.

Asalkan hati tak busuk cam sampah or bangkai :)