Semanis-manis madu boleh menjadi racun pada seseorang.

Mungkin manis pada kita, belum tentu memberi kebaikan pada orang lain.

Dalam Al-Quran ada menyatakan bahawa, lebah-lebah mengumpul semua khasiat dari seluruh bunga untuk dijadikan ubat kepada segala penyakit.

Cuma jika ubat diambil berlebihan, ianya akan mendatangkan kemudaratan kepada diri sendiri.

Terbaca kes pagi ini berkaitan madu menetak madunya sendiri.

Punca bro pun tidak pasti. Tetapi dinyatakan bahawa mereka selalu berlaku pertelingkahan setelah duduk bersama.

Syaitan menggunakan perluang ini sebaik mungkin. Di sini kita mampu melihat keimanan seorang perempuan sama ada mereka mudah terpengaruh dengan emosi & hasutan syaitan.

Kalau ikutkan sejarah kewujudan manusia,

Keimanan seorang wanita terlalu nipis sehinggakan Hawa mudah dipengaruhi oleh syaitan untuk menguji keimanan Nabi Allah Adam A.S. dengan meminta buah larangan sehingga mereka diusir keluar dari syurga.

Begitu juga dengan peristiwa Hawa mempercayai kata-kata janji syaitan untuk menjaga anaknya semasa ketiadaan Nabi Adam.

Sehinggakan Nabi Adam membunuh anak syaitan lalu dicincang dan dimakan.

Dari peristiwa ini, darah keturunan Nabi Adam mengalir zat-zat syaitan sehingga ke hari ini. Dimana akhirnya keimanan umat akhir zaman lebih rapuh dari umat terdahulu.

Bicara Bro : Payung emas hanya sesuai pada si isteri yang merestui si suami berkahwin lagi atas jalan Allah swt tanpa membebankan suaminya.

Tanpa menyakiti hati madunya

Mampu menjaga keimanannya & tidak muda terpengaruh dengan emosi dan hasutan syaitan

Begitu juga, dengan menjada aib dan kehormatan suami serta madu-madunya. Insya’lah dijanjikan sesuatu di Syurga kelak.

Mampukah anda..?? Jika tidak, iman anda belum mampu lagi diuji :)