April 20, 2024

[Tazkirah] Mudahnya Mengumpul Dosa Duniawi

Mudahnya kita mengumpul dosa duniawi untuk dijadikan saham akhirat.

Dalam menjalani kehidupan seharian mungkin dalam sedar atau tidak, satu persatu dosa kita kumpul

Dalam beramal juga kita mampu mengumpul dosa.

Siapa kata kita tidak mendapat dosa ketika beramal kepadaNya.

Anda solat sedangkan anda sedikit pun tidak terlintas untuk mengajak rakan yang berada dekat dengan anda untuk berjemaah sama sedangkan dia terus terang burn solat.

Anda menghadiri majlis ilmu sedangkan anda boleh mengajak dan inform rakan-rakan pasal majlis tersebut. Terutama buat rakan-rakan yang tidak tahu nak habiskan masa lapangnya untuk apa.

Begitu mudahnya kita menambahkan dosa dalam akaun amalan kita.

Dosa kecil mungkin datang semasa anda :-

  • Memandu dan menyusahkan pengguna jalan raya sehingga memaki anda dalm hati
  • Berfacebook menyebarkan perkara yang mungkin akan menimbulkan fitnah
  • Tidak bertanggungjawab dalam menjalankan kerja
  • Makan berlebihan & membazir
  • Menceritakan aib orang tanpa kita sedari
  • Dusta dalam perbuatan [melakukan sesuatu untuk mengaburi pandangan orang lain – tiada kaitan dengan doktor pakar mata dan kedai speck]

Apakah dosa kecil yangtelah anda lakukan sejak celik mata pagi tadi.

Bicara Bro :Alhamdulillah, jumaat pertama untuk tahun baru hijrah ini.

Malam tadi arwah nenek bro hadir dalam mimpi bro. Erat bro peluk dan cium dahi arwah. Macam ada benda yang ingin dia sampaikan. Mungkin ada kaitan dengan hijrah bro untuk kali ini.

Bro terasa dia masih lagi ada di sisi bro even dah lama dia sudah tiada… Al-fatihah buat arwah

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

26 thoughts on “[Tazkirah] Mudahnya Mengumpul Dosa Duniawi

  1. betul tu.. celik mata bkk lptop.. bukn nk buat amal mudah tlg mak ke.. isk.. nice share bro.. tersentap juga huhu

    1. sentap kenapa pula…

      bila kamu membaca entry ini dan menyedari mengenai kesilapan diri.. itu pun dah dikurniakan pahala walaupun sebesar zarah..

      :)

  2. that’s why we always need to ask for forgiveness to Allah…
    sedangkan rasulullah yg maksum tue pown sentiasa mintak ampun pd Allah…
    apatah lagi kita hamba yg kerdil nie…
    kena selalu minta ampun atas segala dosa2 kita sepanjang masa…

    1. itu yang sepatutnya… Insya’lah Dia akan memaafi.. bagaimana pula jika dosa sesama umat…

      belum tentu mudah untuk dimaafkan

  3. sentiasalah mempohon keampunan kepada Allah setiap hari…sblm tido..muhasabah diri..renung kembali apa dosa yang kita lakukan sepanjang hari..semoga Alleh mengampun dosa kita semua..amin…

    1. Wel kome dno :)

      dalam sedar dan tidak je… bro sendiri pun tetap gak ttuuuutt tuuuttt gak time drive

    1. nak buat cam mana. itu la salah satu petanda nak kiamat yang Allah swt hintkan kepada kita

    1. if mu ada dosa dengan bro.. bro maafkan ek… :0

      begitujuga jika bro ada wat dosa dengan mu

Leave a Reply to darkbatman Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *