You are here
Home > Tazkirah bersama BroFramestone > [Tazkirah] Kejayaan Dalam Pendidikan Kebanggaan IbuBapa

17,438,795 total views, 2,650 views today

[Tazkirah] Kejayaan Dalam Pendidikan Kebanggaan IbuBapa

Ibubapa mana yang tidak berbangga dengan kejayaan anaknya.

Anak yang dikandung, dilahirkan dan dibesarkan. Sejuk perut ibu yang mengandung.

Tetapi berapa ramai di antara kita yang hargai pengorbanan kedua-dua ibubapa kita. Bila mendapat khabar berita, kita lebih utamakan kepada kawan rapat, kekasih sedangkan ibubapa di belakangkan.

Kebanggaan yang paling bermakna pada ibubapa adalah:

  1. Bila si anaknya sudah berumah tangga
  2. Menjadi insan yang cemerlang
  3. mendoakan kesejahteraan ibu bapanya
  4. Tidak melupakan mereka takkala susah mahupun senang
  5. Bila si anak bahagia dan berjaya di dunia dan di akhirat.

Di manakah kebanggaan yang telah anda tujukan kepada kedua-dua ibubapa anda..??

Bicara Bro : Sedekahkan al-fatihah buat arwah Siti Aisyah Zakaria [pelajar yang mendapat keputusan PMR 2010] yang terlibat dalam kemalangan semalam bersama ibunya Aziza Musa moga roh mereka di tempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

Beliau belum sempat menunjukan keputusan peperiksaan PMRnya pada bapanya.

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

17 thoughts on “[Tazkirah] Kejayaan Dalam Pendidikan Kebanggaan IbuBapa

    1. if dah cam2 kita nie cam mane pula… dok pertingkatkan ilmu dengan membaca bahan ilmiah di blog he..23x

      dan dalam masa yang sama berkongsi pengetahuan di blog ek

  1. Salam..
    Tahniah pada yg berjaya, yg kurang bernasib baik, teruskan usaha ke tangga seterusnya, jgn cepat putus asa.
    Takziah dan Al-Fatihah pd pelajar cemerlang tersebut.

  2. tahniah untuk semua pelajar PMR yg berjaya. klau tgkkn situasi sekarang ramai budak2 makin pandai. agak2 10 tahun akan dtg. Lagi la genius nye mereka ni.saingan mesti makin tinggi kan.

    takziah untuk keluarga mangsa,

    1. bukan makin pandai… just berlajar untuk score A je.. hasilnya..?? elek he…23x kenyataan bukan dibuat2

    1. insya’lah….

      sebab bila anak perempuan sudah berumah tangga.. secara automatik akan secara rasmi tanggungjawab yang mereka pegang selama ini diserahkan kepada menantu mereka..

      so segala dosa si anak gadis mereka akan di transfer terus ke akaun menantunya

  3. Salam bro,sememangnya apabila seorang anak itu mendapat kejayaan ibu bapalah yang akan paling berbangga dengan kejayaan anaknya.

    Tetapi sayang anak terlalu mudah untuk melupakan berkongsi kejayaan dengan ibu bapa mereka.Tambahan pula kalau sudah ada pasangan,pasangan merekalah yang akan diutamakan.

Leave a Reply

Top