Tertarik dengan salah satu artikel akhbar yang bro baca hari ini.

Isu yang dibangkitkan,

Tiada wang sara hidup punca pelajar melacur.

Tak pasal-pasal KPT – Kementerian Pengajian Tinggi kena siasat.

Susah-susah je, meh bro sendiri yang memudahkan penyiasatan KPT.

Dari pengalaman bro semasa terlibat secara aktif dalam Majlis Perwakilan Pelajar selama 3 tahun semasa muda-muda dulu. Bro lebih hampir kepada permasalahan ini dimana bro sendiri sentiasa turun padang memantau permasalahan ini.

Dan beberapa maklumat yang bro terima dari pemantauan menunjukan permasalahan ini bukan perkara serius jika perkara yang ingin bro sebutkan ini tidak menjadi bebanan kepada mereka.

Tajaan pengajian yang tidak mencukupi

Bro sendiri pun dapat full loan tetapi perlu tambah lagi 4k untuk jumlah keseluruhan pengajian bro.

Apakah hal..??

Terpaksa membuat kerja part time kat Mc D, MLM, pasang banner etc. Nak senang cari Sugar Daddy, SUgar Mummy pun ada he..23x

Kebanyakan wang tajaan habis untuk project & assignment

Lecture yang terlalu demand dalam menentukan kualiti project,[bukan dia amik tahu pelajar dia makan ke tak]

Mahal dowh [tak percaya try tanya budak yang amik arkitek]

Harga bahan rujukan yang meningkat

Di mana lecture sendiri menyatakan bahan tersebut wajib beli (dah la kena beli dengan dorang, bahan tersebut pula merupakan hasil penulisan dorang) jika nak lulus.

Paling malang yang masuk exam just seketul dua ayat je dari buku tersebut

Apakah hal..??]

p/s- Bro sepanjang berlajar kat U, memang tak pernah beli buku or pinjam buku kat library. A tetap juga dalam tangan. Cam mana tue?

Tekanan perlajaran

Belajar dalam keadaan tertekan menyebabkan sesetengah pelajar berasa berlajar sesuatu perkara yang membebankan.

Masa ini, mereka akan mencari keseronokan bagi mengurangkan tekanan yang mereka hadapi.

Dan selalunya sifat tidak matang mereka membawa mereka ke arah yang kurang baik.

Nak hidup mewah

Dunia belajar harapkan pinjaman atau tajaan untuk menyara kehidupan mereka.

Habis je, tak kan nak tunggu sambil makan megi saja kan.

Lain lah bagi mereka yang berkerja. Hujung bulan tetap gaji masuk.

Siapa tak nak duit datang bergolekan, lagi-lagi kalau ada yang sudi mengulur. Mula-mula hulur money, then hulur lain pula

Rusa Masuk Kampung

Ini merupakan perkara biasa yang bro temui.

Masa datang mendaftar dulu, elok bertutup je. Salam mak bapak cium pipi, nangis-nangis.

Sebulan dua boleh la tahan.Masuk bulan ke-3, dah mula namak tanduk. Sana sini terbuka, malam ke hulu kehilir.

Dan pernah sekali bro tangkap seorang perempuan yang aktif dalam persatuan agama. Tetapi malam duduk di Pub berskirt dan tuuutttt [tak baik buka aib orang].

Semua ini atas jasa dan kerja sama dari member bro yang berlainan agama tetapi prihatin dengan permasalahan mahasiswa.

Bicara Bro :  Yang menjadi mahasiswa selalunya berakal dan berilmu. Tetapi ianya tidak mampu mengambarkan apa-apa jika ianya hanya dipelajari semata-mata untuk exam dan bukan digunakan dalam kehidupan.