You are here
Home > Bersama BroFramestone > Fitrah Manusia Bersama BroFramestone > [Fitrah Manusia] Bila Lelaki Lagi Rendah Dari Pasangannya.

[Fitrah Manusia] Bila Lelaki Lagi Rendah Dari Pasangannya.

Boleh dikatakan sebagai fitrah manusia bila ketinggian dijadikan isu dalam memilih pasangan.

Terutama bila berkaitan dengan ketinggian lelaki yang akan or dipilih sebagai pasangan.

Ada sesetengah perempuan tidak menyukai lelaki yang lebih rendah dari mereka.

[sian lelaki-lelaki yang rendah seperti bro]

Dan golongan lelaki seperti ini juga selalu di sisihkan dan kurang mendapat sambutan dari golongan hawa.

Pendek-pendek kami bukan sebarang pendek. Ada juga part yang panjangnya.

lagi-lagi tang akalnya.

Tetapi lelaki pendek selalunya seorang yang setia dalam hubungan [setia terlalu subjektif – mungkin pada sorang dan mungkin pada 2-3 orang]



Dan untuk menjaga hati lelaki-lelaki seperti kami + sambil membuat marketing

Orang dulu-dulu suka berkata “Bertuah dapat lelaki rendah nie, rezeki murah

Term “rezeki” mungkin bukan pada pendapatan or harta.

Mungkin ianya membawa makna pada kesejahteraan rumah tangga, dikurniakan anak yang banyak dan rumah tangga sejuk tanpa berlaku perang besar.

Keistimewaan lelaki kurang ketinggian sebagai pasangan [dari pengalaman & pemerhatian bro]:-

  1. Bertanggungjawab
  2. Mudah mengawal panas baran mereka
  3. Penyayang
  4. Prihatin
  5. Pemimpin yang bukan saja boleh memimpin tetapi juga dipimpin.
  6. Mempunyai kreabiliti sendiri

Tetapi lelaki seperti kami tetap mempunyai perasaan,

Agak sensitif juga sebenarnya. Dan anda sebagai pasangan mereka, perlu juga menjaga hati golongan seperti kami.

Cara terbaik untuk menjaga air muka pasangan dalam masa yang sama meningkatkan kasih sayang mereka kepada anda:

  1. Time bersama, jangan gatai nak pakai kasut tumit tinggi aka Heels.
  2. Time berjalan, pastikan jarak anda dengan pasangan tidak terlalu dekat [melainkan jika dah kahwin, syaitan tak dok tengah]
  3. Time date, elok banyakan duduk dari berjalan. Untuk mencover keistimewaan pasangan
  4. Jangan paksa pasangan anda perlu mendongakan kepala setiap kali untuk bercakap dengan anda
  5. Dan anda jangan sesekali memandang kebawah bila nak bercakap dengan kami [nampak seperti merendah-rendahkan kami]

Setiap yang dijadikan olehNya mesti bersebab.

Jangan perlekehkan kekurangan kami. πŸ™‚

Bicara Bro : Jangan gelarkan kami lelaki pendek. Kami hanya golongan yang kurang ketinggian.

Tertiba teringat ada seorang gurl yang bro minati semasa sekolah. Tetapi dia reject bro sebab ketinggian dan beliau dok mengejar lelaki yang tinggi daripada dia.

Akhirnya sampai sekarang, masih tidak mempunyai pasangan hidup di mana asik ditinggalkan oleh pasangan dia.

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

86 thoughts on “[Fitrah Manusia] Bila Lelaki Lagi Rendah Dari Pasangannya.

    1. yup…

      sebab ramai juga yang berkata begitu, menyebabkan bro buat entry macam nie…

      jgn terlalu memilih luaran kan…

      kekadang yang buruk nie la yang manis… harap nak cari yang hensem & berduit + kacak…

      sekali laki curang.. dok maki hamun tuduh laki tue cam nie la cam tue la…

      sedangkan kenyataan.. lelaki cam dorg nei mmg akan ada mempunyai peminatnya…

      dalam peminat mereka.. mungkin ada yang lebih baik dari anda juga

    1. thank…

      entry ini memang bertujuan untuk marketkan lelaki yang rendah…

      memang xsalah pun.. lelaki memang tiada masalah.. tetapi sesetengah perempuan agak kurang memandang lelaki yang rendah…

      tue yang bro kasihann nie

    1. amboi.. fikir kayo je die ek…

      bro ada mention dalam entry ini makna rezeki murah sebab memilih lelaki pendek sebagai suami

      πŸ™‚

      p/s- ieda dok Ipoh kan

  1. ahaks…ambe suker entri nih…sbb ambe tergolong dlm golongan nih…walaupom xder la rendah sangat,tp ambe tetap berasa bngga dengan diri sendiri..kerana rendah pom ader kelebihannya,hehehe…

    1. oh tergolong ek.. kita serupa rupanya…

      yup setiap orang ada kelebihan dan kekurangan…

      yang penting, jangan riak dengan kelebihan [tak pasal2 kena tarik nnt] & jgn malu dengan kekurangan… sebab kekurangan tue yang menjadikankita lebih istimewa

      buat wanita di luar sana… xrugi pilih lelaki seperti kami ini

    1. melainkan perempuan tue menarik πŸ™‚

      kalau sama tinggi… elok la tue.. sama molek sama padan…

    1. oh kita sama2 rendah ek.. p time jumpe kat times square hari tue bro rase bro tinggi sikit dari zuriey..

      if zuriey ingat la kan

  2. hahahah….ades..erm dulu lah bee pun nak kawan dengan lelaki yang tinggi jugak..nasib kenal sorang laki ni memang tinggi dr bee, n bee kawin so tak der isu memilih dan mengecewakan oran lain…hahah

    1. alhamdulillah bee dapat pasangan yang terbaik buat bee….

      bro dulu pun cam tue gak.. kes xnk orang pendek cam bro.. last2 melekat terus

    1. he..23x ayat penyedap hati je…

      yup memang kami golong yang kurang ketinggian. Ayat yg digunakan oleh Eric watak utama manga Fullmatel Alchemist..

      dari cerita nie bro dapat nama Framestone Alchemist he…23x

      ops… xbahaya la.. memudahkan lelaki yang kurang ketinggian menikmati pemandangan πŸ™‚

    1. Yup masa tue…

      Zuriey je yang tak ingat dengan bro.. sian bro.. majuk dah nie…

      yup tinggi sikit

    1. yup betul tue..

      dan kebanyakkan golongan ini mmg terserlah dalam bab2 cam nie…

      tapi xsemua la ek

    1. yup betul…

      cuma entry ini untuk membuka mata lebih ramai perempuan untuk memilih golong seperti kami yang azalinya kekurangan ketinggian

    1. bro pendek je… orang kata la kan…

      bila la mahu bergambar dengan pojie ek.. asik jumpe xdapat nak bergambar bersama…

      dD pun dah lama xjumpa

    1. tue kisah sebenar dan masih lagi berlaku sampai sekarang

      bro dah pesan.. tetapi dia tetap nk cari yang lebih tinggi.. even die dgn bro.. bro tgi hampir seinci…

      citarasa setiap orang berbeza

  3. dulu kamu rendah dari saya…..tp skang dh lebih 5cm… bile pkai heels kite same tinggi.. ok la kan?…
    dulu arwah abah n mak pun abah rendah dari mak….
    alhamdulillah rezeki memang murah… πŸ˜€ tp xtau la kan kebenaranye….

    1. pasti ke lebih 5cm.. bukan hampir 7 inch ke he…23x

      ala jangan la pakai heels…

      murah ape.. semua yang kuar sihat-sihat berlaka he…23x betul.. xtipu

    1. itu keistimewaan kamu πŸ™‚

      bro dulu masa kecik terasa cam nak meninggikan diri.. tapi apakan daya.. had nie je ketinggian bro

  4. salam…minnie ngan hubby pun beza 5 inch…tak mati pun malah bahagia sangat….yg lucunya bila masuk keluarga mertua,minnie yg paling tinggi…bila hubby masuk family minnie,dia yg paling kurang ketinggian…heheheheheh

  5. Hehe~ sy pown dpt llaki yg rndh..tp dye sntiase mmhami keadaan sy n setia pda sy..sbb 2 lah sy suke dye..dye x cerewek dlm ape2 prkare..

  6. hehehehhe…. seronok bace entry nie….. memang dulu aku reject mentah2 lelaki pendek dari aku… almaklum aku memang tinggi… susah lah nak dapat lelaki tinggi dari aku…. kalu ada pun same tinggi…… tapi last2… aku terima sorang mamat nie yang memang rendah dari aku… rendah giler2…. tak tahu kenapa aku leh terima dia~~~~~

    1. pkai jela la yang mana yg sesuai..lagi pun ni dunia jer ..kalau dpt lelaki rendah xpe janji dia lelaki yang soleh dan dpt membimbing i & anak2 kelak..insyaallah.

  7. huhuhu…
    tinggi sy 173cm…
    teman laki sy, 160cm je kot.
    huhuhuh, sy x kisah nk trima laki rendah.
    cuma dlu, duk tertanya, ada ke laki rendah nk girl tnggi plk?

  8. nk tambah ketinggian??..cba praktikkan senaman yg melibatkn renggangan kaki,,insyaAllah berkesan,sya dah cuba.. tinggi saya sekarang 6 kaki

    1. betul ke ni bro..boleh bg full tips tak tang cara2 tu.btw bro membuatkan saya jd berkobar nk tambah tinggi badan ni. πŸ™‚

  9. Hurmm…Tapi lelaki tinggi sekarang pun,ada yg sanggup tinggalkan anak bini gara2 takutkan polis..hahaha.. Tapikan bro, mintak bantuan skit leh? Ada lelaki pendek di opis saya nie asyik usha awek yg dia minat.. Dia nak meluah tak berani, malu.. Awek tu tahu yg lelaki tu minat dia.. Tapi dah sama2 malu.. Macam mana ek??

  10. Hi bro…
    suke page ni..buat saye tergelak..

    anyway…I tinggi..but like someone yg chomel n kurang ketinggian drp saye…yes, its correct lelaki lebih rendah ade keistimewaan Nye sendiri..

    BUT satu je ni sye tgh pk…
    If ade jodoh…nk bersanding kene duduk je ke?.
    Kawin skali je…takkan tak sanding.. =)

    Cer bagi idea.. (“)V

    1. Hai ida…

      Thank sebab suka… ada masa add la bro dekat facebook.. boleh layan benda yang mampu buat ida gelak (xlelalu la)

      sanding xde masalah.. sebab 2-2 duduk.. so xnampak perbezaannya sangat.

      eh lelaki boleh kahwin lagi he..23x so kami x risau sangat

  11. alhamdulillah walaupun suami saya rendah dari saya dan tiada zuriat sendiri tapi kami bahagia sb suami saya baik x banyak kerenah dan menyayangi anak2 angkat kami

  12. kta ok jaa..xkisah sgt tinggi ker rendah asal x mnyakitkan hati..perempuan suka jugak lelaki rendah asalkan pandai style..kalau kekurangan pada ketinggian,rasanya tak salah kalau lebihkan pada penampilan..zaman sekarang ni dah tak kisah sangat..cuma yang otak sempit ja fikir entah apa2..asalkan lelaki tu ada gaya,perangai elok,ada kerja yang boleh sara hidup sudah laa..bukan nak hidup selamanya pun dekat dunia nii..sementara nak mati jaa.. :p

  13. knyataan..skrg sy tunangan pd lelaki yg rendah…tp x ksah sbb syg pnye psl..haha..tp tu la time nk bsanding n bgamba agk konpius cket cmne nk bgamba kn..so sy rse mse shoot nt sy akn bykkn pose dduk..n klu nk dri mse bsanding..sy je diri die dduk..heehe setel

  14. Saya tak kisah pasal ketinggian lelaki sbb skrg pon pasangan saya lebih rendah dari saya..cuma saya keliru adakah pasangan saya malu dgn ketinggian saya ?? Padahal jarak tinggi cuma 5cm. Saya tak rasa malu tapi adakah lelaki kurang ketinggian malu bila bersama pasangan yg tinggi ???

Leave a Reply

Top