You are here
Home > Review Bersama Bro Framestone > Saya ingin menonton filem The Social Network

17,443,748 total views, 2,959 views today

Saya ingin menonton filem The Social Network

Tahukah anda, siapa insan yang menjadi dalang di sebalik badai besar social network yang banyak memberi impak ke seluruh dunia iaitu Facebook?

Mungkin ada yang kenal dan mungkin hanya sekadar tahu mencari kawan semasa sekolah dulu, tag photo, masak memasak [cafe’ World], bergosip etc.

The Social Network ini mendedahkan bagaimana pengasas Facebook ini iaitu Mark Zuckerberg menjadi jutawan termuda dalam sejarah dalam tempoh 6 tahun & memiliki 500 juta pengguna di seluruh dunia.

[Doakan broframestone & eTomyam @ Jazmanie mampu menjadi jutawan sebelum sampai masanya lagi]

Filem ini berkisar mengenai siswazah Havard dan programmer genius [bidang sama seperti bro cuma bro tak genius sahaja] yang membawa perubahan dalam dunia sosial mengalahkan lain-lain social network yang telah lama bertapak.

Revolusi ini memberi impak yang besar kepada seluruh dunia. Di mana social network bukan setakat untuk bertambah kenalan. Tetapi menjadi medium untuk menjana pendapatan berjuta-juta kepada individu mahupun syarikat.

Walau bagaimanapun,

Setiap kejayaan mesti mempunyai banyak rintangan. Begitu juga yang terjadi kepada Mark Zuckerberg untuk berada di tahap sekarang ini. [doakan bro juga mampu menjadi seperti beliau].

Dalam filem ini, kita akan mendapat gambaran bagaimana pengasas social network menghadapi dugaan berkaitan peribadi mahupun tindakan undang-undang.

[Basic factor yang mampu meletakan bandwidth kemampuan anda mahupun apa yang anda lakukan]

Undang-undang bukan boleh dibuat main. Dan iana juga faktor yang menentukan kejayaan anda dalam bidang yang diceburi.

Layan preview untuk filem ini

Siapa kata duduk di depan komputer tidak memberi apa-apa faedah?

Mark Zuckerberg telah membuktikannya. Insya’lah mungkin bro pula yang bakal menyusul. Siapa yang tahu.

Alhamdulillah, sepanjang bro berblog dan bersocial network. Bro mampu menjana pendapatan seperti sekarang walaupun bro hanya full time blogger.

Yang membezakannya adalah bagaimana cara anda manipulate kelebihan yang sedia ada 🙂

Ingin memiliki tiket percuma untuk pra-tonton The Social Network hujung bulan ini?

Jika berminat,

Sila daftarkan blog anda bersama ManggaAds [tak salah pun join] dan buat entry mempromosikan filem ini.

150 tiket untuk dimenangi. Entry terbaik mungkin memberi perluang kepada anda untuk show off seperti Ariff Shah yang menghiasi 3 cover page surat khabar.

Maklumat lanjut mengenai contest ini anda boleh perolehi di sini atau layari facebook ManggaAds.

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

12 thoughts on “Saya ingin menonton filem The Social Network

Leave a Reply

Top