Perlu Ke Mangga Selipar Bagi Tak Hilang?

Rasanya perlu bila selipar sendiri hilang. Lagi-lagi itu sahaja harta kakimu yang masih ada selain kasut or stokin busuk

Semalam bro pergi kenduri Tahlil arwah pak uda bro.

Time balik,

selipar bro dah dah hilang entah ke mana.

Jenuh pusing satu rumah. tetap juga dah berjumpa.

Erm alahai, hilang selipar bro yang xseberapa nie.

Selipar tue la bro pergi date, pergi kedai mamak, pergi shopping, pergi masjid, pergi masuk hutan, pergi memancang, pergi menoreh.

Dah la bro nie jenis insan beli selipar 2 tahun sekali.

Ok, selipar dah xde.. patah kaki dan duduk rumah.

Ada sesiapa yang sudi derma untuk tabung selipar bro??

Teringgat zaman2 kat asrama dulu, junior-junior dok pakat manggakan selipar dorang he..23x