March 29, 2024

Gadis Lemak Manis

Bro sejak dulu mana-mana perempuan yang bro kenal, bro sentiasa bagi nama gelaran mereka berdasarkan makanan yang mampu membuat bro teringat dengan mereka.

Ini kerna bro mempunyai masalah untuk mengingati nama mereka. [dasar kasanova]

Dan salah seorang daripada mereka merupakan masakan favorite bro sampai sekarang [lain macam je bunyinye]

Gulai Lemak Lirik – Roslan Madun

Sopan santun anak melayu
Senyum terukir
Senyum terukir bila disapa

Dalam pantun ku kirim rindu
Rindu mengalir
Rindu mengalir didalam kata

Lemak manis alah amboi amboi
Santan kelapa alah amboi amboi
Ku pandang lah manis alah amboi amboi
Anak siapa

Pohon sena pohon meranti
Ditengah tengah
Ditengah tengah buluh perindu

Adik disana abang disini
Ditengah tengah
Ditengah tengah rindu menderu

Lemak manis ala amboi amboi
Dantan kelapa ala amboi amboi
Ku pandang lah manis ala amboi amboi
Anak siapa

Hujan dihulu tak reda reda
Ribut lah turun
Ributlah turun bertalu talu

Abang dihulu adik di kuala
Ku hanyut rindu
Ku hanyut rindu dalam perahu

Lemak manis ala amboi amboi
Santan kelapa ala amboi amboi
Ku pandang lah manis ala amboi amboi
Anak siapa

Atas permintaan Hazwan bro selitkan video lagu nie.

Bicara Bro | Jangan ditanya siapa gadis tersebut ek.

Teringat pula dengan gadis Pau, Petai, Bantal Peluk [bukan sejenis makanan], kuih apam, gadis lolipop etc.. Apa cerita mereka ek.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

43 thoughts on “Gadis Lemak Manis

    1. sebab makanan adalah fav bro.. dah makanan adalah benda yang bro selalu hadap..

      oh cam tue ek.. ade je.,. gadis tiang, gadis ranting, cicak gurl etc

      dan kekadang pernah gak bagi gelaran gadis hamster or gadis pencukur he..23x

      kamu nk yang mane satu ek

    1. idea ada je di mana-mana… cara nak gunakan or keluarkan sahaja berbeza…

      azizan moh support project OhPakar yang bro jalankan

    1. jadi je… he..23x alang2 tingalkan komen dekat blog yang bro bagitau tadi…

      coz itu salah satu blog bro yang terbaru & akan dilancarkan minggu depan :)

    1. bro ade update entry ini balik.. bro selitkan video.. dengar la ek

      agak kuat gak la.. dulu2 huhuhu

    1. dulu zaman memuda 10 tahun dulu mmg menjadi pujaan ramai…

      eh bro bukan mat bunga pun… insan besa2 je.. cuma dikelilingi oleh bunga2…

      besa la.. sekolah bro form 6 je ade perempuan… n lelaki melayu agak terhad.. lagi2 la di kelas yang pertama…

    1. amboi mulut huhhu….

      bro bukan boya pun… dorg dtg offer diri… disebabkan bro xleh nk ingat nama dorg.. tue yg bagi nama2 cam tue

      sekurang2nye xde dorang kecik hati ke ape

  1. lemak manis ala amboi-amboi
    santan kelapa ala amboi-amboi
    ku pandanglah manis ala amboi-amboi
    anak siapa

    then start pantun 10 suku kata tak silap utk setiap baris pantun..baru kena dengan lagu.kira jual pantun la

    lepas tu nk beli pantun pulak
    nyanyi dulu lirik lemas manis tu..then baru start pantun

Leave a Reply to ain Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *