March 29, 2024

[Fitrah Manusia] Kumpul Harta Dulu Baru Nak Kahwin

Boleh dikatakan menjadi fitrah manusia.

Sama ada lelaki atau perempuan, bila di tanyakan “Bila mahu berlangsung, calon sudah ada”

Pasti menjadi jawapan mereka

Nak stabil dulu, nak ada rumah sendiri, kereta sendiri kerja dah tetap baru fikir nak kahwin.

Bagi Lelaki mungkin berbunyi begini

Biar hidup stabil dulu sebelum mula sara anak orang. Biarlah ada rumah, senang dia nak berteduh. Takde la panas berhujan ke.

Harta pun dah ada. Nak buat anak pun senang, belum lagi tambah cawangan [tang nie bro tambah sendiri :)]

Bagi Perempuan mungkin pula berbunyi begini

Biar ada semua tue. Nanti tak de la dok harapkan harta laki je. Satu kepuasan miliki rumah, kereta dan harta sendiri.

Kot-kot laki tinggalkan, takde la terkial-kial. Semua dah ada. Silap hari bulan harta laki semua jadi milik I.

Bicara kawan bro [Cat Women] : Tahu tak apa maknanya nikah & hidup berkongsi segalanya?

Bukan bermakna sebelum kahwin mesti ada segala-galanya. Itu salah……!

Tetapi adalah sebaliknya, dimana nikah dan kemudian hidup bersama-sama. Kongsi segala susah payah mahu pun senang sama-sama.  Cari & bina hidup dengan keselesaan mengikut kemampuan.

Bkn seperti yang sesetengah pihak fikirkan dimana sebelum nikah kena ada semuanya.”

Bicara bro : Baik kumpul harta akhirat. Bekalan di dunia sana

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

48 thoughts on “[Fitrah Manusia] Kumpul Harta Dulu Baru Nak Kahwin

    1. bro selalu je jd imam untuk si dia dan family dia.. imam surau je belum lagi.. bg chance kat bapak sendiri :)

  1. ramai yg tkot nk kawen sbb mereke pk mereke kne stable dlu dlm kewangan, bru sng nk idop. Sedangkan ksenangan kt dunie x mnjamin ape2 kt akhirat pon nt. Cume itu adelah bonus kalo dpt kesenangan kt dunie, n destinasi akhir kesenangan sebenarnye kt akhirat kelak..
    -sekadar pndapar :)-

    1. pendapat kamu boleh di terima…

      ada juga yang menjadikan ianya alasan dan menunjukan mereka belum bersedia untuk memikul tanggjawab..

      kita tidak sempurna bila keseorangan.. sebab tue bila bersama ade orang katakan “rezeki pengantin”

      harap2 cam tue la bagi mereka yang nak mendirikan masjid…

      asalkan dah kahwin makin tambah hutang sudah la ek

  2. Kita terlalu memikirkan hal-hal material berbanding hal-hal berkaitan lumrah kehidupan manusia. Dunia sekarang ni berorientasikan keuntungan, semuanya boleh dijual, sampai adat kita pun dijual sekarang ni.

    Kalau diikutkan rukun nikah, mana-mana kapel-kapel yang kat luar nun dah boleh nikah dah pun. Mungkin dah sampai ke tahap wajib.

    Baik nikah aje dari beromen tak tentu hala kat taman-taman.

    1. he..23x betul tue.. pendapat mu bro memang sokong 100%

      tetapi adat & perspektif orang kita yang menghalalkan perkara itu berlaku walaupun mulut mencaci maki perbuatan mereka…

      xperlu nk menyukarkan perkara yang wajib..

      nk kahwin je perlu sedia beribu2… sedangkan perkara wajib pun banyak yg termiss..

    1. he..23x eh nk tanye… kamu dah memiliki tak ciri2 yang disebut tue…

      if mencukupi.. dah boleh la pasang niat :)

  3. org sekarang ni le pikir cam tu..dgr cerita Mak..dulu2 kahwin..umah pinggan mangkuk pun tak de..tapi hari demi hari..rezeki bertambah..rezeki murah..tak de la smpai tak mkn anak bini..

    1. yup betul tue nazz…

      family bro dulu pun cam tue..

      ade kawan bro lagi sian.. rumah pun sewa je.. kosong je dalam tue.. dah lama kahwin baru la nmpk cam rumah family sikit :)

      Nazz pun bro doakan dipermudahkan ek.. moga rezeki keluarga bertambah :)

  4. Salam bro
    Hmm betul gak tu
    Sebelum kahwin kena buat persediaan dari segi kewangan
    manakala kerjaya kena la stabil
    kalau dah kahwin kena tanggung anak dara orang
    makan minum tempat tinggal lagi
    dan yang paling penting sekali kita kena ikhlas di dalam melakukan semua kerja
    biarlah bersusah -susah dahulu senang di kemudian hari

    1. w’salam wazy

      persedia mesti ada.. tapi berpada-pada… zaman sekarang xmacam dulu.. perempuan pun dah berkerjaya juga…

      bila duduk bersama sekurang2nya banyak kos dapat dikurangkan…

      yang penting hati mahu ikhlas.. hidup perlu berkongsi.. bukan barang aku barang aku.. barang mu barang mu :)

  5. sebab tu kan sekarang orang lebih suka buat maksiat dari kawin awal.

    Kepala dah set, sebelom kawen, kene sediakan certain amount, rumah, bla bla bla. Hantaran.kawen grand2. hohohoh. Bagi aku sebelom kawin dua-dua perlu sedia untuk berkongsi susah senang sama-sama dan agama sebagai kitab peraturan.

    Harta tu, kumpul sama-sama lepas kahwin pun tak pe. Benda tu lebih baik dari berkepit kepit kehulu hilir tanpa ikatan. ;)

    1. maksiat lagi mudah dilakukan dari berkahwin… banyak hasutan n mudah dilakukan tanpa apa-apa halangan [lagi-lagi kalau otak ligat memikirkannya]

      yup betul tue.. cuma perspektif zaman sekarang menyebabkan sesetenagh berfikiran sebegitu…

      selaluny aharta yang dikumpul lepas kahwin lagi afdal.. sebab tue dikatakan ianya harta sepencarian he..23x

      menarik komen kamu nie.. insya’lah bro akan masukan dalam segmen tazkirah di blog bro esok… :)

  6. Bukan bermakna sebelum kahwin mesti ada segala-galanya. Itu salah Tetapi adalah sebaliknya, dimana nikah dan kemudian hidup bersama-sama. Kongsi segala susah payah mahu pun senang sama-sama. Cari bina hidup dengan keselesaan mengikut kemampuan.

    Saya suka dengan ayat bro yang nie.. Sebelum ini saya pun fikir kita nak kahwin bukan tanggungjawab yang kecil.. Itu merupakan tanggungjawab yang besar.. Diri sendiri tak lepas bagaimana untuk berdua? bertiga? berempat dan bersepuluh kelak?

    1. betul tue hariz…

      kadangkala perkahwinan ini mengajar kita supaya bertggjawab…

      ada sahabat bro nie jenis kaki lepas tangan.. itu xnak wat ini xnak buat..

      tapi sejak berkahwin… byk yang berubah…

      solat tak tinggal.. kaki surau.. sayang gile dengan isteri.. sanggup kerje lebih masa untuk tampung kos bela anak sendiri

      memang totally berubah :)

  7. ini hanya mentaliti orang sekarang.. tengok gak sebab apa. kengkadang calon mertua dan seisi kampungnya sibuk nak tau yang calon menantu ni kerja apa. hantaran kawen bapa, pakai kereta apa… benda ni yang kgkadang menekan orang yang nak kawin supaya get ready semuanya then baru leh kawen.

    1. sebab tue ramai yang kahwin sekarang nie buat dalam bentuk banner…

      xsalah pun nk wat cam tue.. tetapi kekadang sifat ingin tunjuk menunjuk yang menajdi masalah..

      ada rakan bro.. die buat kenduri ala kadar.. tetapi meriah dengan tetamu yang dtg…

      ada juga yang wat grand2 majlisnye.. yg dtg xseberapa.. sebab lokasi. then sakit2 perut lepas makan..

      haru kan

      anyway.. happy buzday buat sarah yang sellau ada di hati bro

  8. Sebenarnya bila dah berhajat nak dirikan rumah tangga dengan segera, Automatik % rezeki bertambah dah. Allah dah bukapintu lebih sikit. Bila dah nikah ja, Allah otomatik akan buka lebih lagi pintu rezeki. Sampaila kita sebagai laki pelihara perkahwinan kita ngan baik sampai ada anak semua.. Allah akan susun pintu rezeki kita terbuka dengan luas. Yang penting niat nak nikah tu kena ada dan berusaha ke arahnya. Jgn duk tangguh2.

    Pernah terpikir kenapa kita kerja duit masyuk tapi kawin x boleh lagi. Rasa itu ini serba x cukup saja. Sebenarnya niat kita terbatas dengan “lepas ukup itu ini baru nak nikah”. So, tukarla niat anda, nak nikah 6 bulan lagi ka, secara otomatiknya minda separa sedar kita akan berusaha ke arah tu dan insyaAllah, pintu rezeki akan dibuka dengan luas serta keberkatan rezeki tu dpt dirasa.

    Sekian, hanya buah pikiran berdasarkan pengalaman personal. Setuju xpa, tak setuju pun xpa.

  9. alamak, terasalah bro….planning memang nak kumpul duit dulu…tapi calon pun tak de nak kahwin dengan sapa? jangan cakap dengan bro sudah…hehehehehe

    out: kalau mimpi bro maunya saya tak tidur selama seminggu sebab takut termimpi bro lagi…hahahahaha…

    ye ke? cam ne nak buat supaya xperlu scroll?

    1. ada juga bujang2 2-3 tahun dulu cakap nk kumpul duit…

      tapi sampai sekarang tak terkumpul-kumpul :)

  10. bro, len kali letak button like, lana nk like komen2 yang blogger bagi ni ahaha..lana suka baca komen bernas dari blogger..

    betul la, dok kumpul harta, smpi berlakunya maksiat, Subhanallah..kalau boleh dielakkan la yer..dah termengandung baru ingt nk nikah huhuhu

    enjoy puas2 masa bujang, kumpul harta bebanyak, tetiba ajal sampai, jodoh pertemuan semua kerja Allah, kita yang perlu berusaha barulah bertawakal…

    1. he..23x bro xpasang lagi button like untuk komen… lagipun mana2 komen yang bernas n menarik bro akan wat entry susulan

      ada juga yang mengumpul harta untuk maksiat :)

  11. salam,
    tapikan kebykan org sekrng terutama pompuan, mesti nak cari suami yg dah ada semua… dah stabil. ish3x..taknak sama2 idup susah lah tu…

  12. Kalau nak tunggu duit sebenarnya sampai bila2 pun duit takkan cukup. Asal kata dah naik stim tgk awek sendiri tu maksudnya dah wajib dah kahwin. Berdosa kalau tak kahwin. Ini tak belum kahwin semuanya nak bagi… lepas kahwin takde apa dah nak bagi… dah basi.. itu yg kawen tak smpi setahun dh cerai.

    1. duit sekadar option saja… ada rezeki dariNya insya’lah mencukupi…

      yang lain2 tue perlu di utamakan.. sebab ianya datang dari diri kita :)

  13. kalau nak tunggu sampai semuanya ada sampai bila pun tak nikah.. harta boleh di cari walaupun sudah berkahwin.. ada jugak orang yang dah kawen berbelas tahun baru hidup mewah bahagia jer.. harta yang banyak belum tentu menjamin kebahagiaan.. biar mula dari kesusahan baru lah akan kekal bahagia…

  14. Yup, memang jawapan ini yg selalu diberi.
    Tapi Allah ada berfirman dalam Al-Quran yang mafhumnya Allah akan kayakan mereka yg miskin lepas kahwin. :)

Leave a Reply to cz aina Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *