April 18, 2024

Selamat Datang Anak-anak Suamiku | Cerekarama TV3

Selamat Datang Anak-anak suamiku disiarkan di slot cerekarama tv3 pada 23 Oktober 2010.

Lakonan mantap Kisah Rita Rudaini, Fizz Fairuz dan Noorkhiriah yang melakonkan watak sebagai Maya, Elyas dan Aida.

Ianya menceritakan bagaimana kehidupan seorang wanita bernama Maya yang baru kematian suami.

Maya yang seringkali menziarah kubur arwah suaminya, Johan sering melihat seorang wanita dan dua anak perempuannya turut menziarah kawasan perkuburan yang sama.

Akibat rasa ingin tahu, Maya memberanikan untuk bertegur sapa dan akhirnya tanpa disengajakan perkenalan Maya dan wanita bersama dua orang anak itu membongkar rahsia perkahwinan Johan dan juga wanita bernama Aida itu.

[bermadu rupanya si Maya dengan Aida nie ek]

Dan yang pasti Elyas dan Aida mempunyai perancangan menjerat dan mengikis duit Maya sedikit demi sedikit duit Maya tanpa di sedari oleh Maya.

Dari penipuan saham sehinggalah penipuan hartanah bernilai berjuta-juta yang didalangi oleh Elyas dan Aida dengan beberapa orang asing.

Kegiatan mereka akhirnya berjaya dihidu oleh Aida. Dan Aida mengunakan perluang ini untuk memiliki sesuatu yang dia tidak mampu miliki bersama arwah suaminya.

Lalu beliau cuba memerangkap Elyas dan Aida dengan meletak pil khayal kedalam beg bagasi Aida dan menghubungi pihak polis.

Niat utama Maya berbuat sedemikian semata-mata untuk memiliki kedua-dua anak Aida iaitu isteri kedua kepada arwah Johan.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

24 thoughts on “Selamat Datang Anak-anak Suamiku | Cerekarama TV3

    1. tertibe kenapa nie ek…

      if kamu xboleh mengandung.. xsudi ke jaga anak suami mu he…23x

    1. he…23x bro tengok lagi sejam nak habis huhhu…

      mula2 ingat pasal ape…lame2 tgok baru faham….

      mmg agak berat sikit la cerita nie.. if awal2 xfaham he…23x

    1. ending die… aida n elyas.. kena tangkap… then maya awal2 lagi dah tahu pasal nie…

      dan die tahu si aida tue madu die… isteri ke-2 arwah suami die..

      sebab die xleh ngndung… die wat cam tue untuk miliki ke2-2 anak si aida

    1. pelakon dorang pandai membawa watak…

      tue yg bro dok depan tv layan je.. menarik setiap watak yg dilakonkan

  1. cite tu mmg best…
    hr tu tgk kt umah ngn famili…
    mama effa mulanya ingtkn maya tu mmg bodoh sbb asyik nk tlg aida tu…
    rupanya maya tu jauh lebih bijak…
    maya dh minta polis siasat psl aida n ilyas tu…
    n maya dpt tau psl pil kuda tu…
    mulanye effa ingt aida ngn ilyas tu kena tgkp kt airport…
    rupanya x..
    tp mmg ptot aida n ilyas kena cmtu kn?
    mmg suke cite tu… =]

Leave a Reply to L@n@ aka Mak Budak Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *