You are here
Home > Uncategorized > Masih Ada Perluang Untuk SMK Anderson Mara Ke Final

17,443,181 total views, 2,392 views today

Masih Ada Perluang Untuk SMK Anderson Mara Ke Final


Masih Ada Perluang Untuk SMK Anderson Mara Ke Final

Dah lama bro xmembuat entry mengenai sekolah bro yang bro bangga-banggakan selama ini.

Dan pagi ini, bro terselak portal akhbar online mengenai khabar gembira ini

BEKAS juara Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Anderson akan bertemu SMK Victoria pada peringkat suku akhir 100PLUS Piala Super bawah 18 tahun Kejohanan Sekolah-Sekolah 2010 hari ini sementara pasukan pilihan SMK Putera menentang wakil Perlis SMK Syed Alwi di gelanggang yang sama di padang Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Pada pusingan akhir peringkat kumpulan pagi semalam, juara 2008, SMK Anderson terpaksa berhempas pulas sebelum menundukkan SMK Sultan Sulaiman dari Terengganu 2-1 untuk menguasai Kumpulan A.

“Keyakinan kami di tahap 120 peratus untuk mara ke separuh akhir dan kemudian beraksi di final sekali lagi,” kata jurulatih SMK Anderson, Mohd Badrulhisham Abdul Majid.

Jaringan pemain SMK Sultan Sulaiman, Ahmad Takiyuddin membolehkan pasukan dari Terengganu itu memulakan saingan dengan cemerlang pada minit kelapan.

Namun SMK Anderson membuktikan kehebatan mereka dengan menyumbat dua gol menerusi rembatan Kenny Paul Raj di minit ke-29 manakala Charandev Singh Pannu muncul wira dengan gol kemenangan di minit ke-69.

“Meskipun saya tewas, kami masih mampu melangkah ke suku akhir dan ini satu kejayaan buat kami,” kata jurulatih SMK Sultan Sulaiman, Radzali Mohamad.

Alhamdulillah,

Nampak gaya halangan pertama iaitu SMK Sultan Sulaiman, Terengganu [musuh tradisi] berjaya ditunjukkan. Selalu hanya bertembung di final.

Anderson masih lagi gah selepas bekas jurulatihnya berpindah sekolah, dimana beliau selalu membawa pasukan sekolah ke peringkat kebangsaan. Dan perkara yang dibanggakan bila pasukan sekolah dipilih untuk mewakili negara ke perlawanan antarabangsa.

Jangan lupa juga, selain bola sepak masih ada hoki yang kerap tahun melangkah ke final kebangsaan.

Bicara Bro | Teringkat lagi zaman-zaman persekolahan, lagi-lagi jika anda antara penyumbang pingat buat sekolah di persada negeri, mahupun kebangsaan.

Sekarang pinggat tue bro simpang dalam kotak kat rumah je

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

5 thoughts on “Masih Ada Perluang Untuk SMK Anderson Mara Ke Final

Leave a Reply

Top