Entry sebelum ini iaitu Skandal Dikalangan Blogger merupakan entry ke-100 dari bro yang di ping ke Ozbloggers

Ozbloggers merupakan salah satu laman tempatan yang menyediakan perkhidmatan ping blog kepada semua blogger.

Tujuan applikasi ping digunakan untuk menyebarkan kandungan blog secara menyeluruh ke semua rangkaian dan meningkatkan pencapaian carian terus ke blog anda.

Dalam masa yang sama ianya dapat meningkat traffic datang ke blog & juga meningkatkan reputasi blog dalam komuniti laman ping tersebut.

Disini bro ingin berkongsi beberapa laman yang boleh anda gunakan untuk ping blog korang.

Antara laman ping yang ada di Malaysia :-

  1. Ozbloggers
  2. GengBlogger
  3. Innit.Nuffnang
  4. Selangorbloggers
  5. Blogged.my

Rajin-rajin membuat ping laman blog anda untuk memastikan entry anda akan sentiasa tersenarai dalam enjin pencarian. Dengan cara ini, anda boleh mendapat traffic percuma dengan lebih banyak.

Bro harap ada di antara pembaca blog ini yang sudi berkongsi laman ping dari Malaysia bersama pembaca lain di blog bro.