March 29, 2024

Buat Duit Dengan Google Adwords

Anda mungkin perasan tiap kali berfacebook,

Pasti ada iklan disiarkan di sidebar sebelah kanan korang. Ada iklan contest, iklan business, iklan page, iklan merapu-merapan semua ada.

Bagi blogger & internet marketer (IM) yang suka buat duit berasaskan Dollar [layan dollar lagi baik dari ringgit – bagi dorang la kan] pasti tahu mengenai perkara ini. Ianya merupakan salah satu perkhidmatan yang ditawarkan oleh Google.

Ianya di kenali sebagai Google Adwords

Straight to the point,

Anda mampu menjana pendapatan yang lumayan sehingga beribu-ribu dollar dengan menginvest dalam beberapa Dollar.

Bro bukan nak menipu. Mana ada pengiklanan berkesan di seluruh dunia, hanya goyang kaki tetapi xkuar duit.

Bro kongsikan serba sedikit panduan untuk menggunakan Adwords:-

  1. Pemilihan perniagaan atau prkhidmatan yang mampu menarik prospek berurusan dengan anda
  2. Pastikan investment ada yang sedikit mampu menjana dengan banyak. Anda boleh menetapkan nilai sesuatu iklan anda yang berjaya di klik oleh Prospek [satu klik = 10 cent USD 100 = 1000 valid click]
  3. Pastikan juga anda membuat market analysis untuk prniagaan dan perkhidmatan anda. [nilai minimum adalah 1% mereka yang berminat dengan apa yang anda iklan dan menggunakannya (Nasihat dari pakai IM dunia)]
  4. Pastikan nilai 1% tersebut berbaloi dengan USD100 yang anda invest [1% dari 1000 valid click = 10 valid click, 1 business = USD 50 (contoh saja), 10 valid click = 10 business (USD 50) = USD 500, USD 500 – USD 100 = USD 400]
  5. Pastikan keuntungan anda bukannya lebih dari 50% dari perlaburan anda.
  6. Dan ingat, pelaburan anda merangkumi = nilai pengiklanan (USD 100) + masa anda + inventory anda + idea anda + lain-lain.
  7. Terakhir sekali, pasti anda pandai memilih kateria untuk iklan anda [negara untuk di publish, medium iklan dikeluarkan, keyword untuk iklan anda etc]

Hope tip simple dari bro boleh membantu korang mula mengiklan di platform global.

Bicara Bro | Bro baru sahaja memenangi Google Adwords voucher bernilai S$100 (Singapore Dollar) yang ditaja oleh Google dan Standard Chartered Bank.

Erm, business apa yang bro ingin promosikan dengan menggunakan voucher ini?

Right now, bro hanya fokus pada business:-

  1. Web Developer / Web Design
  2. Canvas Photo printing.
  3. SME Business Consultant (Online application)
  4. Blogging for money he…23x

Any suggestion..??

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

50 thoughts on “Buat Duit Dengan Google Adwords

    1. ban pasal ape ek.. untuk adsense or what….

      leh share x..?? riso jadi kat blog bro T-T

      sharing is caring

    1. bro ada masuk contest dari nuffnang. Dalam masa yang sama, penaja brbesar hati nk sponsor bagi pserta terawal tetapi mesti inform mereka bahawa anda telah join contest tersebut

    1. tue la.. tapi tengah fikir nak wat iklan yang mane ek..

      kalau boleh, biarlah ianya memberi banyak pulangan kepada teman

    1. adsense nie untuk jana duit dari show iklan dari google

      adwords pulak untuk sape2 yang nak mengiklan di google… iklan yg diklik tue la orang panggil adsense

      duit untuk bayar adsense pulak datang dari duit yg dorg terima dari payment melalui adwords

      bro adsense pun masyuk je..

  1. adword? alamak aku belum sampai tahap nak jadi advertiser lagik. aku stick to being a publisher only for now. aku mana ada duit manyak2 nak labur kat iklan nilai dolar2 nie.

    1. sama la.. bro dapat yang free tue la xpakai2 lagi nie…

      erm alahai.. if market besar boleh la guna applikasi advertiser nie :)

    1. adword if pandai main memang menguntungakn..

      if xpndai tue la yang merugikan… :) bro pun masih belum mulakan lagi aktiviti meng”adwords”

    1. bro belum mulakan lagi.. masih xnampak mana-mana yang boleh memberikan pulangan kepada bro :(

    1. google adsense bro dh start sejak tahun 2007.. 2x dah kena ban… now akaun bro yang ke-3

    1. w’salam iza…

      thank coz sudi datang ke teratak bro dan sudi membaca cetusan ilham bro :)

    1. cam mane nak aktifkan ek…

      bro baru2 nie di minta untuk set currency… bro pilih dalam Ringgit Malaysia… coz nak gunakan Voucher dalam ringgit Malaysia

      so cam mana mahu gunakan voucher dalam currency yang lain?? boleh bagi penjelasan x

    1. hope ada contest lagi untuk bro masuk…

      baru nie bro dapat hadiah contest lagi.. tp lebih kepada majalah photographer :)

      jadilah kan

    1. w’salam..

      boleh saja… eh.. bro belum pernah dengar kes domain x di approve untuk google adwords..

      kalau google adsense ada la…

  2. yang penting platform Adwords hanya untuk mereka yang benar-benar serius sahaja…..kalau tak,memang rugi akibatnya..

    juga Adwords amat strict dengan Ads yang diletakkan…amat cerewet Adwords ni..kena cara dan analisis yang dibuat..memang amat menguntungkan..:D

  3. haloo Bro Framestone
    I just receive voucher from adwords ..Postage Paid : Hong Kong….xsure mcm mane boleh dapat …Any idea?? Rase nyer dulu lah pernah register tapi xaktive sebab xbape sure mcm mane nk buat.Then it gives Promotional code..Voucher offer : ” Set up your ad before 31 December 2012 & we’ll turn your first RM 50 into rm200.”..lebih kurang cmni la…

    Question 1 :
    Apa yang kite advertise sbnrnyer?? Our own business or from others but we as a medium for advertisement ?

    Question 2 :
    How they generate income ? Just by clicking ? Or after someone buy something from the advertisement click ?

    Hoho..byk tanye ni…Dah lame berminat tapi xjumpe guideline yg btol2..

    1. Hai Ida… thank sebab sudi bertanya di sini.

      Answer 1 : kita advertise our product.. if kita ada product itu lagi bagus. Kalau tiada product baik tak payah promote.

      Adwords merupakan salah satu cara untuk mengiklan…

      Answer 2 : Kita setkan nilai iklan.. mungkin dengan Rm50 kita boleh dapat 100 klik pada nilai 50 sen untuk 1 klik.

      Kita xjana duit.. tapi mereka yang promote iklan produk kita yang akan dapat duit sekiranya ada yang klik iklan itu.

      Duit kita dapat dari jualan yang terhasil dari setiap iklan yang kita laburkan pada nilai rm50 tadi

      Hope membantu dengan jawapan ini.

      Jika tidak, boleh ikuti sy di fan page dan ajukan soalan disana :)

Leave a Reply to ann Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *