Apa yang perlu ada diantara Blogger Baru & Blogger Otai..??

Perlu ada rasa hormat menghormati. Tidak perlu mendrop atau memperlekehkan blogger lain walaupun mereka masih baru atau blog mereka macam hampeh even dah lama berblog.

Di sini bro ingin kongsikan tips yang boleh diguna pakai oleh blogger baru untuk membina kreabiliti sendiri sebagai blogger.

  1. Blogwalking & tinggalkan komen diruangan komen [bukan tinggalkan spam di shout box]
  2. Fokus pada 4-5 blog yang sama setiap hari.
  3. Kurangkan entry copy paste
  4. Jangan menjatuhkan air muka sendiri
  5. Mesti mesra rakyat terhadap sesiapa yang melawati blog anda
  6. Kurangkan widget yang memberatkan blog anda [blogger otai sure tekan button X if load page lame sangat]
  7. Jangan memburukan blogger lain [kebanyakan blogger ade komuniti sendiri, ko cakap je.. satu komuniti boleh pulaukan korang].
  8. Tolong kecikan saiz gambar [bukan ukuran gambar.. tetapi saiz gambar.. dari Mb kepada Kb sahaja.]
  9. Jangan pasang lagu di blog korang, muzik yang relax2 xpe [bukan semua suka lagu apa yang korang suka]
  10. Tetapkan Nawaitu [niat nak berblog bukan nak cari populariti, pakwe/makwe or duit semata-mata, yang penting kepuasan].

Bicara tentang gambar di atas.

Gambar ini diambil semasa Gathering GengBlogger di Putrajaya tempoh hari.

Mungkin ada di antara blogger di atas yang korang kenal [dalam pic ini hanya terselit tangan bro sahaja T-T]

Korang ada perasan x, ada sorang budak kecik dalam gambar di atas..??

Nama dia Luqman Hakim, kenkadang bila ada gathering bro memang bawa dia bersama. Untuk pengetahuan korang. Luqman sudah mempunyai blog sendiri.

If korang sudi, terjah & ikuti perkembangan dia di Luqman Hakim Photo Journal