You are here
Home > Bersama BroFramestone > Antara Blogger Baru & Blogger Otai

17,433,186 total views, 851 views today

Antara Blogger Baru & Blogger Otai

Apa yang perlu ada diantara Blogger Baru & Blogger Otai..??

Perlu ada rasa hormat menghormati. Tidak perlu mendrop atau memperlekehkan blogger lain walaupun mereka masih baru atau blog mereka macam hampeh even dah lama berblog.

Di sini bro ingin kongsikan tips yang boleh diguna pakai oleh blogger baru untuk membina kreabiliti sendiri sebagai blogger.

  1. Blogwalking & tinggalkan komen diruangan komen [bukan tinggalkan spam di shout box]
  2. Fokus pada 4-5 blog yang sama setiap hari.
  3. Kurangkan entry copy paste
  4. Jangan menjatuhkan air muka sendiri
  5. Mesti mesra rakyat terhadap sesiapa yang melawati blog anda
  6. Kurangkan widget yang memberatkan blog anda [blogger otai sure tekan button X if load page lame sangat]
  7. Jangan memburukan blogger lain [kebanyakan blogger ade komuniti sendiri, ko cakap je.. satu komuniti boleh pulaukan korang].
  8. Tolong kecikan saiz gambar [bukan ukuran gambar.. tetapi saiz gambar.. dari Mb kepada Kb sahaja.]
  9. Jangan pasang lagu di blog korang, muzik yang relax2 xpe [bukan semua suka lagu apa yang korang suka]
  10. Tetapkan Nawaitu [niat nak berblog bukan nak cari populariti, pakwe/makwe or duit semata-mata, yang penting kepuasan].

Bicara tentang gambar di atas.

Gambar ini diambil semasa Gathering GengBlogger di Putrajaya tempoh hari.

Mungkin ada di antara blogger di atas yang korang kenal [dalam pic ini hanya terselit tangan bro sahaja T-T]

Korang ada perasan x, ada sorang budak kecik dalam gambar di atas..??

Nama dia Luqman Hakim, kenkadang bila ada gathering bro memang bawa dia bersama. Untuk pengetahuan korang. Luqman sudah mempunyai blog sendiri.

If korang sudi, terjah & ikuti perkembangan dia di Luqman Hakim Photo Journal

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

53 thoughts on “Antara Blogger Baru & Blogger Otai

    1. he..23x tapi ade je yang jatuhkan blogger lain… kutuk2 drop2..

      sampai tahap owner blog terus privatekan blog or stop berblog

    2. tapi ade gak yg drop pakai nama annoy…

      kekadang komen dorang buat sesetangah blogger yang baru nk naik terus stop berblog.. aduhai

    1. tip ini hanya sesuai bagi mereka yang baru2 nak berblog..

      ada byk lagi tip yang bro nk kongsikan.. tapi mungkin bukan sekarang

      anyway thank coz sudi terjah blog bro yang xde pe2 nie

    2. bro pun kekadang rasa cam blogger baru juga..

      jangan la amik hati sangat.. tue satu perhormatan walaupun dari seorang sahaja

      tau x ape maksud otai tue

      otai = old timer (orang lama)

      so kamu rase kamu layak x dapat title orang lama..?? he…23x mesti layak kan he..23x

      cuma pandangan 7 perspektif orang lain sahaja yang berbeza

  1. nice bro.. dan paling aku sokong antara semua list kat atas tu ialah jangan memburukkan blogger lain. kalau rasa diri sudah hebat dalam arena blog ni, engkau berlagak la ikut suka hati kau.. takde sape nak kisah..

    tp jgn sesekali memburukkan blogger lain semata-mata nak bagi tahu kat semua orang yg kau tu hebat dan blogger lain adalah ‘sampah’ di mata kau..

    1. he..23x ramai gak blogger yang bro jumpa cam tue… siap dtg blog bro tinggalkan komen yang agak menjatuhkan reputasi bro je

      dan sepanjang bro berblog dari tahun 2006.. ramai kenalan blog bro stop berblog berpunca dari kes diburuk2kan dn di drop oleh sesetengah blogger yg merasakan diri mereka hebat

      sifat cam tue pun nk dibawa ke alam blogging nie ek…

    1. dh dapat lum ek.. ape kate upgrade niat tue… dari cari pakwe kepada cari suami he…23x

      confirm terus dpt dh lyk jadi suami..

      kalau takat jadi pakwe.. belum tentu jadi suami.. terclash di tengah jalan nnt

      dulu bro ade kenalan blogger, bro minat sangat.. lepas die clash cdg nk masuk line…

      tau2 je ade sorang pembaca blog die masuk meminang.. dlm tempoh 3bulan je lepas die clash..T-T

      now dah kahwin n dok kat oversea dgn suami die..

      just nk share cite je la kan

    2. bro lagi terharu tau….

      coz bro baru nk ayat dah ade orang masuk minang die… melepas bro

      tp nk wat cam mne.. suami dia tue dh ade perkerjaan tetap di oversea.. bro time tue hanya student yang makan megi time xde duit

    1. sama-sama sharing is caring kan

      bro bg tip pun dari pandangan bro setelah bertahun2 berblog.. mana tahu boleh membantu sesiapa yg memerlukan bantuan

    1. tetapi ramai yang menjadikan blogging not personal…

      silap taip, kena saman, kena itu ini ish..23x cara terbaik, hormat juga perlembagaan malaysia

    1. eh puji ke nie…

      malunye bro he…23x

      bro mmg susah nk sombong dengan orang. tetapi orang selalu anggap bro nie sombong… T-T

      tapi bro yang mesra rakyat nie xde pulak orang nk ngorat he..23x kouta ade je kekosongan he..23x

    1. maaf la.. jangan majuk or sedih…

      keadaan bro tidak mengizinkan bro untuk blogwalking…

      bro hanya sempat update blog.. ping blog.. promote blog n tunggu orang komen je… T-T

      sambil tue cari nafkah untuk perut sendiri… mmg xdpt nk blogwalking secara kerap.. harap hujung minggu je… if dpat T-T

      bro tahu kamu selalu jenguk blog bro.. dh berapa lama ek kita kenal

    1. tips ini umum… ianya sesuai juga digunaakn oleh mereka yang berpindh rumah ke kawasan yang baru.. xpercaya..??

      try olah tips yg bro bagi tadi he..23x

  2. ada budak baju biru terselit! 🙂
    dannnnnn ery si hot berada ditengah! hahahaa 😀

    btw, sangat setuju 10point tu.. adehhhh otai2 blogger, minta tunjuk ajar.. hehe..

    1. budak baju biru tue namanya Luqman Hakim… dia dah ade blog sendiri.. ada masa terjah la ek…

      ery mmg hot time tue.. cuba tengok kumbang2 di sekelilingnya…

      kalau dasyat teka bro ade kat mane he…23x

  3. pengalaman mendewasakan kite.hehehe. masa mula-mula berblog macam2 kene komen ngan orang tapi lama-lama lali and pandai2 lah nak idup.hehehehe. nice tips bro!!

  4. seronok dpt jumpa kwn2 bloggerskan
    lagi satu klu psg widget widgeo tu mmg saya x berapa nk berkenan sbb penuh dgn popup window keluar sampai naik heng lappy nie.

    pasal otai ke baru ke semuanya sama je…xreti nk komen pnjg2 bab tu.

    apa yang penting jadi diri sendiri baru seronok nak blogging

  5. tetiba jumpa tips lagi…
    tapi dayah cam perasan la , pengkomen pengkomen tahun nih dah tak mengomen dah skrg kan..?

    apakah mereka dah sombong..?

    atau mcm dayah nih..?
    sampai masa , rasa malas nak komen..
    rasa mcm taka t baca cukup lah..
    cam tu ek..?

Leave a Reply

Top