You are here
Home > Review Bersama Bro Framestone > Aku Ingin Ke Syurga | Cerekarama TV3

17,424,370 total views, 6,191 views today

Aku Ingin Ke Syurga | Cerekarama TV3

Aku Ingin Ke Syurga minggu ini mengisahkan mengenai Hanafi, seorang remaja yang kehidupannya agak tersesat.

Dia merupakan anak yang mementingkan diri sendiri dan mudah terpengaruh dengan hasutan rakan sebayanya sehingga sanggup bersikap biadap terhadap ibunya sendiri, Rabiah.

Hanafi tidak dapat menerima hakikat bahawa kehidupan mereka yang agak susah. Seboleh-bolehnya dia mahu ibunya menyediakan apa saja kehendak dan keperluannya.

Nak dijadikan cerita,

Suatu hari Hanafi melarikan diri dari kampung kerana menyangka dia membunuh ibunya secara tidak sengaja. Kejadian terjadi semasa beliau bergelut memaksa ibunya pergi ke bandar mengeluarkan simpanan ibunya bagi membeli motosikal baru.

Kalau di ikutkan cerita,

Hanafi asalnya seorang anak yang baik. Cuma dia berubah setelah berlaku tragedi buruk dalam keluarga.

Beberapa tahun sebelum itu, rumah mereka terbakar. Hanafi berjaya menyelamatkan adik-beradik dan ibu kecuali ayahnya. Ayahnya meninggal dunia ketika cuba menyelamatkan ibunya.

Hanafi tidak berapa rapat dengan ayahnya kerana ayahnya seorang yang panas baran dan suka memukul apabila marah. Kadang-kadang dia lebih suka ayahnya mati daripada berdepan dengan kebengisan ayahnya setiap hari.

Namun kematian ayahnya mewujudkan dilema baru dalam hidupnya.

Benci dan marah serta rasa bersalah berbaur menjadi satu. Bermula dari situ, dia mula berubah, bercampur dengan budak-budak liar sebagai pelarian daripada perasaan yang bercelaru itu.

Hanafi meneruskan kehidupannya di bandar dengan pelbagai kegiatan haram. Kehidupannya bergelumang dosa. Bermula sebagai kaki ragut kemudian terbabit dengan kegiatan samseng yang kemudiannya terseret dengan sindiket pelacuran.

Selama 15 tahun dia bergelumang dengan kejahatan dan kemaksiatan. Selama itu jugalah ibunya tidak pernah putus berdoa agar dia selamat dan akan kembali ke pangkal jalan.

Kehidupan Hanafi berubah apabila dia mula batuk serta sakit-sakit dan tubuhnya mulai ditumbuhi kudis. Suatu hari, pertama kali dalam hidupnya, suara azan yang selama ini tidak dipedulikan bergema dari masjid berhampiran kediamannya, menggamit keinsafannya sehingga mengalirkan air mata.

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

20 thoughts on “Aku Ingin Ke Syurga | Cerekarama TV3

  1. saya sangat suka citer ni sebab die megisahkn tauladan yang amat baik kepada kite semue semoga saya dan golongan2 lain sama2 meinsafkan diri.

    1. now tgh musim sdih2 kot… senang nk dapat tempat di hari pnonton…

      kekadang cam bosan pulak layan cite mlayau yg hampir same je tujuan pnceritaannya

Leave a Reply

Top