Baru-baru ini bro tertarik dengan kes yang disiarkan dalam slot 360 Tv3 mengenai kes “Restoran Mamak menyediakan perkhidmatan Drive Thru”

Perkhidmatan tersebut betul-betul dijalankan di belakang permis mereka tidak ubah seperti drive thru McDonald.

Peh, maju sungguh mamak nie ek.

Kejadian tersebut dilaporkan berlaku di tengah Pekan Lama Ipoh, Perak.

Yang pasti bukan kedai mamak yang bro selalu pergi time bermustautin 7 tahun di sana.

Dan bukan juga kedai mamak yang selalu rakan hostel bro tapau “Nasi Rongge” [betul ke ejaannya] dalam plastik hitam di bulan puasa.

p/s- gambar sekadar hiasan dari google