Kerna Mulut, Badan Binasa…

Sebelum melakukan sesuatu tindakan secara oral, pastikan fikiran anda didahulukan sebelum neuron2 aktif menghantar isyarat ke lidah & bibir.

Sekali terkeluar,

Sekali terpancur

Belum tentu dapat dipadam dari pendengaran [kecuali pekak badak] dan ingatan.

Dan mungkin juga akan kekal terpahat di hati dan sanubari orang lain.

Kata orang,

Terlajak perahu boleh diundur.

Kata-kata orang tidak boleh dijadikan bukti untuk menuduh sesiapa tanpa ada ape2 bukti.

Jika mulut dijaga,

Insyalah tiada bahana akan menimpa diri kamu, keluarga kamu, insan-insan di sekeliling kamu, mahupun masyarakat, bangsa, agama dan negara.

Hiasinya dengan alunan tasbih dan puji-pujian kepada Allah swt, trutama di bulan Ramadhan ini.