You are here
Home > Anderson School Old Boys Association (ASOBA) > [Tazkirah] Jasad Dingin Bersemadi Menanti Saat Di Bangkitkan Semula (based on truth Story)

17,443,203 total views, 2,414 views today

[Tazkirah] Jasad Dingin Bersemadi Menanti Saat Di Bangkitkan Semula (based on truth Story)

4 Saa’ban menjelang menandakan 4 hari pemergian nenek kesayangan bro pada petang 1 Saa’ban.

Al-fatihah buat arwah.

Teringat kembali saat bro meratapi wajah dingin nenek, melinang air mata walaupun tidak kelihatan di raut wajah bro. Bacaan yassin mengiringi pemergiannya dari alam fana melangkah ke alam kematian yang dijanjikan kebangkitannya bila sangkakala di tiupkan buat kali ke-2.

Sekilas pandangan, satu persatu raut wajah bro tatapi. Ada yang bro kenali, ada juga yang tidak. Ada yang melemparkan senyuman ada juga yang bersinggul sayu mendendangkan yasin.
Seawal pagi,

Sedingin embun, bro sekadar termenung di satu sudut memerhatikan karenah orang sekeliling. Tengiang-giang di telingga, ungakapan ;-

Dia la sedaramu
Dia la sepupu mu
Salam nenek muda mu
Tue cucu sedara mu
jangan gaduh-gaduh, korang tue bersaudara

Oh berbeza pangkat walaupun umur yang sama. Kanak-kanak tergelak ketawa bermain. Mudahnya mereka, menganggapkan tiada apa yang berlaku di sekeliling mereka.

Satu persatu langkah bro susun mengusun jenazah dari perkarangan rumah terus ke tanah perkuburan.

Terlakar di raut wajah bro. Raut tanpa jiwa, tanpa air mata, tanpa bicara. Dalam hati siapa yang tahu.

Terasa ringgan saja mengusung jenazah ke tempat sementaranya sebelum diangkat kembali zat-zatnya.

Bila tapak kaki bro menjejak tanah perkuburan…

Terasa berat jenazah yang bro usung. Beratnya hanya tuhan saja yang tahu. Sekali bro pandang kebelakang, rupanya hanya 4 penjuru saja yang ada. Yang lain hampeh, boleh pula lepas tangan.

Bikin suspen saja korang nie.

Sesekali terdengar pengali kubur berkata,

“Cam kecik je liang nie”

Luruh hati bro mendengarnya. Bro berbicara seketika, “Kita cuba dulu. Jika tidak muat,kita cuba adjust”, menenangkan suasana.

Tanah perkuburan yang sepi selama ini, mula berseri dengan kehadiran tetamu-tetamunya. Yang ingin menatap buat kali terakhir saat jenazah dikebumikan.

“Waris jenazah di minta kehadapan untuk memasukan jenazah ke dalam lahat,saya mahu 3 oarang” kata salah seorang yang arif dalam mengkebumikan jenazah.

Bro tampil ke hadapan, begitu juga dengan anak lelaki bongsu nenek bertemankan cucu menantunya.

Saat berada didalam lahat,

Kedinginan jelas terasa. Rasa sesak untuk bernafas, menyusun kekuda memastikan dinding lahat teguh menerima jenazah sebagai tetamu Allah swt.

Tangan kanan di bawah & tangan kiri di atas syarat menyambut jenazah semasa berada di dalam lahat.

Betul-betul muat ruang tidur jenazah, berbantalkan tanah, berdindingkan tanah, berlantaikan tanah, berbumbungkan tanah, bertemani penghuni tanah.

Dari tanah kita datang, dari tanah juga kita kembali.

Tikar mengkuang dijadikan alas menahan tanah yang ditaburkan. Tanah ditaburkan dimampatkan.Dari 7 kaki, ke 6 kaki, 5 kaki, 4 kaki 3 2 1…..

Nisan sementara di tanam sebagai penanda bahawa ianya sudah berpenghuni menantikan kehadiran 2 malaikat melaksanakan peperiksaan terakhir berdasarkan usaha & tawakal kita semasa berlajar sepanjang usia kita bernafas di bumi Allah swt.

Talkin berkumandang memecah kesunyian menyampaikan yang peringatan bukan untuk si mati tetapi buat mereka yang berada di sekeliling si mati.

Untuk menyedarkan mereka bahawa di sini la mereka di akhir pejuangan mereka sebagai khalifah di bumi Allah swt.

7 tapak berundurnya kami, maka bermula la segala-galanya kehidupan di alam kubur.

Moga arwah nenek mampu menjawab segala soalan yang diajukan…

Al-fatihah…..

p/s- entry khas dari si dia bro untuk arwah.

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

9 thoughts on “[Tazkirah] Jasad Dingin Bersemadi Menanti Saat Di Bangkitkan Semula (based on truth Story)

  1. Pengalaman masa hari kebumi arwah adik.. sumi langsung tak nangeh.. masa tu masih belom terasa lagi kehilangan dia..

    tp bilal jenazah di angkat masuk keliang lahat baru sumi tersedar yg bahwa adik sumi betul2 dah xda.. time tu kosong je jiwa.. rasa mcm ada satu batu besar hempap dada.. sesak nafas..

    hanya kita yg lalui paham apa yg kita rasa.. al-fatihah untuk mereka 🙂

    1. cam tue la lumrah dunia…

      yang penting jangan ratapi pemergian mereka kerna ini hanya akan menyeksakan mereka.

      cukup sekadar dengan bacaan al-fatihah untuk disedekahkan kepada arwah

Leave a Reply

Top